Friday, July 25, 2014

Selamat pulang anak perantau.

Assalaamualaikum..


 Nindia!! Dah semangat nak balik kampung ni. Tak sabar rasanya nak habis sekolah hari ni. Excited tahap gaban sejak kemarin lagi. Huahua.

Sebelum balik memang tak lupa buah tangan untuk family. Bawak balik la sikit2. Asalkan ada kann..


Dok Sarawak dah tentu bawak balik kek lapisnya. Sebab kat semenanjung susah nak cari original kek lapis. Yang ni aku main beli je. Tengok nama sedap je aku beli. Hehe. 


Ha!!! Yang ni pun aku bawak balik jugak tau. Kau hader? Tau dak buah apa ni? Okeh. Meh nak story. Buah yang warna kuning ni orang panggil terung asam. Ada jugak yang panggil terung Iban. Rasanya memang masam. Orang sini guna untuk masak asam pedas. Disebabkan susah benau nak jumpa kat tempat aku Kedah sana nu, jadi aku bawak balik sebab nak buat benih. Nanti suruh mak aku tabur2 je kat belakang rumah tu. Bila dah jadi buah nanti boleh la aku masak asam pedas Sarawak kat rumah plak. Ngeee~

Ni aku nak pesan pada sesapa yang nak pulang ke kampung halaman dan diri aku sendiri jugak, sebelum keluar rumah pastikan semua suis kipas ke, tv ke, lampu ke, peti ais ke dalam mode off. Kepala gas pun cabut jugak supaya dapat elakkan perkara yang tak diingini berlaku. Maklumlah, cuti lama ni. Seminggu! Hehe. Lagi satu, pastikan paip air di rumah tutuo ketat2. Jangan biarkan air menitik. Nanti membazir plak. Dah jadi sahabat syaitannnn..

Ok kepada yang nak balik tu berhati-hati masa drive. Kalau rasa mengantuk berenti jap kat mana2 untuk rehat atau charge energy. Lepas tu sambung semula perjalanan ke destinasi yang dituju. Jangan drive laju2 sangat. Tak lari ke mana pun kampung kita tu kan.

Yang ni plak pesanan penaja. Hehe. Sebelum memulakan perjalanan bacalah doa naik kenderaan. Tak kira la yang naik kenderaan sendiri atau kenderaan awam supaya Allah selamatkan perjalanan kita nanti. Ambik berkat!



Sebelum terlupa, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslimin dan Muslimat seluruh dunia. Semoga aidilfitri kali ni membawa 1001 rahmat kepada kita. Tak lupa jugak sedekahkan Al-Fatihah kepada yang telah tiada.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!