Thursday, July 10, 2014

Dugaan kali kedua.

Assalaamualaikum..

Allahu akbar! Baru je baik demam sebelum start puasa hari tu. Sekarang ni aku diuji lagi. Hari tu aku demam selama tiga hari. Hanya Allah je yang tau betapa sengsaranya aku masa tu. Kejap2 baik. Kejap2 panas. Demam tak kebah2. Takder selera nak makan. Kalau makan je terus rasa mual n loya. Aku hanya mampu makan kurma je 2-3 bijik. Kurma tu pun kawan aku yang pos dari Kelantan untuk bekalan bulan puasa ni. Tapi sebelum puasa dah rasmi. Hehe.

Bayangkan masa tu aku sakit sorang diri. Takder orang nak tengok2an aku. Pening, muntah, semuanya sendiri2 je sebab housemate aku dah pindah bulan Mei lepas. Jadi aku tinggal sendirian kat  rumah ni. Kesiankan?

Biasanya kalau orang demam elok makan bubur supaya badan tu keluar peluh. Tapi masa tu aku tak larat sangat nak masak2 ni. Ya Allah. Sedih je rasa bila kenangkan diri sendirian di perantauan. Jauh dari mak ayah. Alhamdulillah, Allah bagi kekuatan mental dan emosi kat aku.  

Sekarang ni demam dah baik. Cuma masih batuk2 je. Tapi, penyakit lain plak datang.

Dua hari lepas balik dari sekolah aku pegi beli barang2 dapur n lepas tu aku balik ke rumah. Masa bukak tudung tu, ya Allah..terkejut bukan main. Leher aku habis naik bijik2 merah macam ruam. Ingatkan sikit je. Tapi sebelah petang hari yang sama naik lagi banyak. Habis seluruh badan ada. Masa tu dah mula gatal skit2.

Esoknya aku ke sekolah macam biasa. Lepas habis kelas, aku pegi hospital untuk ambil ubat. Masa jumpa MA tu, dia cakap badan aku panas. Sebab tu keluar bijik2 merah kat badan. Dia bagi ubat sapu n pil tahan gatal.


Malam ni kali kedua aku makan. Tak tahan sangat. Gatal habis satu badan. Kalau tak makan nanti tak dapat tidur plak. Sudah!

Dugaan betul puasa2 ni. Masa rasa gatal2 miang tu, aku tahan je la. Nak telan ubat tak boleh. Siang2 hari puasa. Bertahan je la selagi terdaya. Habis usaha, ambil je sikat n garu mana yang gatal2 tu. 

Harap2 aku dapat bersabar hadapi dugaan ni. Bila hidup sendirian ni kena la kuat semangat kan. Kalau bukan diri sendiri, siapa lagi yang nak tolong. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!