Tuesday, November 5, 2013

Nasi lemak di pagi hari.

Assalaamualaikum...

Pagi2 lagi aku dah gigihkan diri pegi tamu tau demi mencari sesuap nasi. Seawal jam 6.30 pagi tu. Kau hader buat macam tu? Memang lojik la kan kol 6.30 tu. Sini matahari keluar awal. Gelap pun awal. Subuh pukul 5 n maghrib lak pukul 6.15 petang.

Kesnya sebab stok ikan n sayur dalam peti dah habis. Tu yang terpaksa berkorban jiwa raga keluar pagi2 walaupun hari cuti ni. Kalau tak beli sayur n ikan, alamatnya makan nasi putih yang suci murni tu je la. Sambil2 tu boleh la beli nasi lemak ke, kuih ke untuk sarapan ye dok. Hehe.

Haish...mukaddimahnya panjang bebenor. Yang nak ceritanya pasal nasi lemak je. Ekeleh...nasi lemak je pun. Tu pun nak kecoh2 kat sini ke. Sat..sat. Mai tengok sikit nasi lemak kat sini (Sarawak) macam mana. 


Ha!! Nampak..nampak...lain kan. Kena cerita gak kat sini buat tatapan anak, cucu, cicit aku nanti. Huahua. Masa mula2 aku sampai Sarawak tahun lepas, terkejut tau bila tengok nasi lemak macam ni. Rasa macam pelik je bungkus dengan plastik putih tu. Kat semenanjung kan lain. Plastik tu just bungkus bahagian dalam je. Kat luar bungkus plak dengan surat kabor. Ataupun dengan daun pisang n surat kabor je. Canggih sikit guna kertas licin warna koko tu kan.


Yang aku beli tadi ada sikit daun pisang selapis. Tapi kat luar tu tetap jugak bungkus dengan plastik. So, boleh nampak nasi, sambal n telur kat dalam tu. 

Cerita cerita jugak. Jangan lupa wish tahun baru ni. Okeh la...dikesempatan ini aku nak ucapkan salam maal hijrah 1435H. Sedor tak sedor dah masuk tahun baru dah kita ni ye. Semoga di tahun baru ni rezeki semakin bertambah2 n diberkati Allah. Amin~

**nota kaki : tamu tu means pasar ye. Atau omputeh kata market. Hehe.

12 comments:

  1. cara pembungkusan dia lain kan.. rasa dan lauk dia sama tak?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ros_reeza : a ah..tak sama.rasa pun xsama mcm sambal yg kita selalu makan tu.yg ni xpedas langsung n rasa tu xkena sgt dgn citarasa sy.tp boleh la setakat nak lepas gian tu..hehe

      Delete
  2. Betul tu
    Akak pun rasa tak Kena waktu mula2 tgok ni Sarawak satu ketika Dulu
    Nak Gelak pun ye jugak
    Pastu punya la cari roti gardenia....haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasihredha : hehe..tu la kan..sekarang roti gardenia dah ada kat bandar2 besar macam miri

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Hehe...boleh tahan jugak rs sedap tu

    ReplyDelete
  4. menarik..sarawak sy tak smpi lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki sampai la tu..hehe.sy pon sbb kena posting sini je

      Delete
  5. gambar nasi lemak yg atas tu saya ingatkan popiah basah...huhu nasi lemak rupanya...special.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!