Saturday, November 16, 2013

Jamuan akhir tahun dan sambutan birthday.

Assalaamualaikum...

Syukur alhamdulillah, akhirnya sampai jugak di bumi semenanjung setelah menempuh perjalanan yang sangat jauh. Syukur jugak sebab flight tak delay tadi. Huhu. Sampai kat KL hujan renyai2 je. Huh! Rindu betul suasana KL. Teringat kenangan muda2 dulu. 

Okeh. Nak update cerita malam jumaat sebenarnya. Kitaorang cikgu2 ada buat jamuan akhir tahun bersama staff sokongan. Memang best sangat. Makan sampai tak sedor diri tu dah banyak lemak. Lepas tambah, tambah. Kihkih. Tapi bukan tambah nasi, tambah lauk je. Haish! Cek nak buat lagu mana, dah makanan kat restoran tu sedap2 belaka. Cek sumbat la selagi bulih. Hehe. *nampak! jejak ja kaki cek kat semenanjung teruih tukaq loghat utagha cek tuh*

Lepas makan kitaorang sambut birthday boys n birthday girls yang lahir dari bulan Julai hingga Disember. Happening sangat. Cheese kek tu pun sedap jugak.





In sha Allah, tahun depan jumpa lagi ye. Cek nak sambung makan2 kat semenanjung plak. Rindu kat makanan feberet cek. Tadi pon dah pekena kueyteaw tomyam. Hurm....sedap sampai hirup kuah licin. Hehe.

4 comments:

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!