Saturday, November 2, 2013

Rindu zaman study dulu.

Assalaamualaikum...

Masa study sibuk nak keja. Bila dah keja, sibuk plak nak balik zaman study dulu. *haish..aku ni kan tak bersyukur ke dengan kehidupan sekarang*. Bukan tak bersyukur, cuma rindu plak nak macam dulu2. Masa masih muda remaja lagi tu.


Masa bergelar student dulu, tanggungjawab tu tak banyak sangat berbanding sekarang ni. Setakat belajar sungguh2 n dapatkan result yang baik. Itu je walaupun kadang2 stress jugak. Tapi tu tak der hal la. 

Bila dah keja ni, tanggungjawab dah semakin berat. Mendidik bukan suatu perkara yang mudah. Hari2 kena hadap kerenah diaorang. Kalau tak control emosi silap hari bulan boleh dapat darah tinggi tau. Nauzubillah!

Lepas tu tak perlu nak pikir hutang. Bayar bil itu la..ini la. Tapi sekarang bila dah keja semua tu nak kena pikir. Belum kira lagi yang dah ada keluarga. Banyak benda nak kena bayar. Faham2 sendiri la ye. Huhu. Kalau bujang macam aku tak per sikit. Pikir bayar hutang ptptn, bayar bil2 yang ciput tu, bayar sewa umah n bagi duit belanja kat mak ayah je.


Dulu kan, tengah buat esaimen pun masih boleh amik gambar bagai. Muka pun ceria je. Berseri-seri lagi. Buat keja sambil santai2 bawah pokok. Tak der stress langsung.


Kalau nasib baik hari tu dapat makan free ler. Selamat duit poket untuk makan tengah hari. Student lagi kan masa tu. Mesti la kena berjimat cermat. Pastu, kena jugak rebut peluang yang ada. Kihkih!


Bila ada masa terluang, aku n kawan2 akan berkayak kat tasik varsiti. Alaa...tak pro mana pun. Kayak tu pun sat ke kanan, sat ke kiri. Main hentam je!


Masa ni kawan aku yang jadi partner. Kembar aku tengah tunggu nak konvo kat kampung. Kalau dia adapun, bukannya berani nak naik. Hehe.


Rasa macam nak habiskan duit sikit, kitaorang pegi main boling. Heaven tau masa ni. Siap gelakkan kawan2 bila bola masuk longkang. Haha! Eleh...macam la aku punya bola tak penah masuk longkang. Boleh kerat jari la...


Ehem..bila nak exam, duduk dalam bilik senyap2. Kena pulun study la masa study week tu sebab hari lain banyak main. Hehe. Masa ni la sibuk tukar2 soklan spot. Untung nasib naik la soalan tu. Kalau tak, pandai2 la kelentong.

Tapi tu dulu la. Masa aku masih study kat UM lagi. Banyak perkara yang happening berlaku daripada perkara2 yang sedih. Ada kawan2 nak lepak. Hujung minggu outing ramai2 kat mid valley. Malam2 plak bawak potluck maggie ke, biskut ke, air milo ke. Makan ramai2 sambil tengok movie. Tak pun sembang2 kosong. 

Kalau la ada doraemon..nak je mintak alat yang boleh balik ke zaman dulu2. Hehe.

8 comments:

  1. Askm Masiha..ni nekcik singgah ni...terima kasihlah sudi nak bkawan dengan orang lama macam nekcik ni..takpe mana mana yang elok tu bacalah..mana yang memboringkn tu abaikan sahaja...orang tua tua bercerita!!

    ReplyDelete
  2. Wslm...hehe.sy suka tgk2 blog org..boleh belajar drpd pengalaman org lain...tk kisah la tua ka..remaja ka..dewasa ka..hehe.thanks jgk sbb sudi follow blog sy yg xseberapa ni

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Selamat pagi :)
    bila seseorang dah bekerja, memang akan rindu saat belajar kan..

    ReplyDelete
  5. p/s : tentang Bitstrips tu kan, ada yang kita boleh pilih yang bertudung(macam shawl).. tapi yang pakaian muslimah memang tak ada :(

    ReplyDelete
  6. terkenang semasa dulu yer... tq ke blog KA dear, done follow sini juga !

    ReplyDelete
  7. Kesuma Angsana : a ah..sebab kat sini takder tempat nak outing mcm di KL..huhu

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!