Monday, August 11, 2014

Tiga menu sekali hadap.

Assalaamualaikum...

Hari ni teringin sangat nak makan ikan bakaq cicah dengan ayaq asam. Meleleh-leleh ayaq lioq dalam kerongkong ni ha. Hehe. 

Settle je keja kat sekolah petang tadi, terus pegi kedai cari aluminium foil. Nak bakaq guna daun pisang, mana nak cekau kan. Kalau kat kampung tu lain la. Melambak pokok pisang belakang rumah tu ha. Hehe. Apa2 pun, yang penting menjadi ikan bakaq aku ni.



Bahan-bahan :

Isi ikan (fish fillet).
Lada sulah.
Aluminium foil.
Sedikit minyak.

Cara-cara membuatnya : 

1- Perap ikan dengan lada sulah dan biarkan seketika.
2- Balut ikan dengan aluminium foil dan bakar di atas kuali. Kuali tu letak sikit minyak supaya tidak melekat.
3- Bakar sehingga masak atau garing2 skit.

Ikan bakaq ni kena cicah dengan ayaq asam, baru power. Tapi aku tak buat ayaq asam sebab alergik sangat dengan belacan. Kalau makan jugak kan, memang jerawat naik kat muka aku secara berjemaah la. Lepas tu plak berbulan-bulan nak hilang parut ni ha. Meroyan aku 44 hari 44 malam. Haha.



Bahan-bahan :

Kicap manis.
1 labu bawang holland/ bawang besar.
1 biji cili besar.
4 biji cili padi.
1 biji tomato *dipotong dadu.
Air limau nipis/kasturi.

Cara-cara membuatnya :

1- Potong bawang, cili besar dan cili padi.
2- Masukkan tomato, kicap dan air limau nipis/kasturi. Gaulkan.
3- Sedia untuk dihidang.

Tak lupa jugak tadi aku masak sayur campur sebagai pelengkap nutrisi. Hehe. Bahan dah ada dalam peti tu. Kasi potong2 n campak2, jadi ler sayur campur yang rasanya boleh la tahan. Kena banyak makan sayur ye. Baru badan sihat.



Bahan-bahan :

Lobak merah.
Brokoli.
Bunga kubis.
5 ekor udang *dibuang kulit.
1/2 kiub ayam knorr.
1/2 labu bawang holland *dihiris nipis.
1 biji cili besar *dihiris nipis.
Minyak untuk menumis.
Sedikit air, garam dan gula.

Cara-cara membuatnya :

1- Tumis bawang bersama cili. Masukkan udang dan sedikit air. Kemudian, masukkan kiub ayam.
2- Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan bunga kubis dan brokoli. Masak sehingga layu.
3- Perasakan dengan garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto.
4- Biarkan mendidih sekejap.
5- Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!