Assalaamualaikum..
Hari tu masa aku tengah syok layan blog, ada sorang budak tanya aku satu soalan. Dia tengah buat keje english. Yang ABC tu dia pandai buat la. Mai tang kena garis abjad dengan gambar dia dah tak tau. Jadi, dia tanya aku macam mana nak buat.
Then, aku pun terangkan macam mana nak buat n tanya dia balik macam ni.."okeh Annessa..agak2 ni buah apa? Bulat2 macam ni. Kamu penah tengok tak?" Dia pun terus pikir kot2 penah tengok kat mana2. Hehe. Bila jawapan tu toing dalam kepala dia, dia pun jawab sambil buat muka cute.."iniiii..buah sos". Erk! Cikgu terkedu jap. Lepas tu, terus terkukih-kukih aku ketawa tak tahan dengar jawapan lucu dia tu. Yang dia plak tayang muka blur je. Haha. Kesian betul aku tengok. Apa punya cikgu la..aduhhh. Aku rasa dia penah tengok kat botol sos kot sebelum ni. Sebab tu boleh keluar jawapan macam tu. Hehe.
Bila bagi satu contoh jawapan, yang lain dia boleh buat sendiri sampai habis. Aduhhh..tak sangka betul dia boleh jawab macam tu. Tapi, bagus aper..sekurang-kurangnya dia boleh kaitkan persekitaran dalam pembelajaran. Tu tandanya otak dia berfikir.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!