Wednesday, October 16, 2013

Raya haji di perantauan.

Assalaamualaikum.

Tahun ni tahun kedua aku beraya di perantauan. Walaupun, berjauhan dengan family, tapi tak la berasa sayu sangat sebab ada kawan2. 

 

Seperti biasa, aku n kawan2 gotong-royong siapkan beberapa juadah pada malam raya tu. Antaranya,  sate, nasi impit, kuah kacang n nasi dagang...


Pagi raya plak pukul 5.30 aku dah bangun. Lepas solat subuh terus kemas2 n siapkan sarapan. Dah settle semua baru aku n kawan2 siap2 pegi semayang raya kat masjid. Kitaorang pegi jalan kaki  sebab masjid dekat  je dengan umah. Lima minit boleh sampai. 

Mula2 sampai di masjid, aku hairan la sebab takbir tak dengar kuat. Dorang tak guna mickrofon.
Pastu, saf jemaah wanita cuma 2 baris. Tak sama macam di kampung aku atau kampung korang. Berduyun-duyun orang datang semayang raya kat masjid. Jemaah reramai. Tak kira la lelaki ke perempuan. Semua nak berjemaah di masjid. 


Balik dari masjid, kitaorang siap2 nak pegi surau plak untuk tengok orang sembelih lembu. Kat sini dorang panggil sapi tau. Aku mula2 dengar pun tak paham. Last skali baru terpikir sapi tu lembu la. Hehehe. 

Sebelum makan tu, amik gambar dulu..



Pastu baru p tengok lembu2 yang nak kena sembelih tu...


     * merenung nasib diri...

Dah habis sembelih dorang potong lembu tu kepada beberapa bahagian. Lepas tu baru dorang lapah kulit. Kat semenanjung lapah dulu baru potong kecik2.


Sementara tunggu agihan daging korban, aku n kawan aku pegi beraya di rumah seorang kenalan. Kebetulan rumah dia dekat surau. So, rajin la skit nak jalan.

     * tuan rumah kiri sekali tu.

Lepas solat zohor, Kitaorang pegi beraya ke rumah cikgu2 kat sini. Kebanyakkan rumah yang kitaorang pegi ialah rumah cikgu2 dari semenanjung. Ada yang dari Kedah, Kelantan n jugak Pahang. Kitaorang pegi berkonvoi 3 bijik kereta. Sedar tak sedar, 6 buah rumah kitaorang pegi. Tak heran la kalo lepas raya berat aku naik. Hehe.



Last sekali kitaorang pegi beraya di rumah PPM (pembantu pengurusan murid) sekolah aku. Daripada pagi lagi dia sms jemput ke umah dia. Petang baru sempat u ollz..memang fenattt sangat.!


Sampai kat rumah pon dah 5.30 petang. Bergegas solat asar. Malam pulak memang mengantuk awal la. Tengok tv pun sampai tertido. Huhu. Dassat...dassat....(sambil geleng2 kepala).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!