Dah lama tak buat entri tentang aku n kembar kan. Lama sungguh. Tak der ilham sebenarnya. Pastu tak der masa lak. Time cuti asyik pegi jalan2 ja. Tambah lak line tenet kat umah slow macam siput. Huhu. Bila balik Sarawak, nak buat entri, gambar plak dah pindah masuk laptop. Sengal!
Okeh...masa kecik2 dulu kan n sampai tahun ke-3 kat UM...kitaorang sentiasa bersama. Tak penah berpisah. Macam belangkas. Ke mana Masiha pegi, di situ ada Masita.
Tapi sekarang kitaorang dah tak duduk sekali. Sejak aku tahun ke-4 kat UM lagi. Mula2 memang aku tak biasa. Rasa sunyi sangat sebab tak ada kawan nak sembang2 n gosip. Pegi kafe ke, kedai ke, semua sorang2. Huhu.
Sejak dari saat itu la aku mula terima hakikat yang kitaorang tak selamanya bersama. Sampai masa kitaorang kena berpisah jugak. Sebulan jugak la aku amik masa untuk biasakan diri sorang2. Masa tu kan telefon je sebagai penghubung.
Then, tahun 2011 kembar aku dapat keje di Melaka. Lagi terpisah jauh. Masa study dulu ok lagi. Bila cuti semester masih dapat jumpa bila aku balik kampung. Sekarang ni susah la. Kalau dia balik kampung pun cuti setakat 4-5 hari je. Kemudian, 2012 dia kawen n terus menetap di Melaka.
Dulu2 orang masih sedar aku n kembar adalah pasangan kembar. Ada persamaan jugak dari segi rupa paras. Sekarang tak der dah sebab kembar aku dah chubby n pakai spek. Ramai yang tegur dah lain. Dah tak sama. Hehe.
Walaupun dipisahkan oleh Laut Cina Selatan, tapi kitaorang still contact lagi tau. Kalau tak call, kitaorang imsg je. Tapi banyak imsg la sebab boleh jimat kredit. Haha. *apa-kelass-dah-keje-masih-guna-prepaid-kan!!!
Banyak benifit guna imsg ni. Selain boleh chat, kitaorang boleh jugak send2 gambar. Contohnya, send gambar baju, tudung, jubah n macam2 lagi la. Isunya nak beli ke tak benda2 tu. Pastu kitaorang akan share pendapat. Kalau masing2 dah sokong antara satu sama lain, terus pm inbox toke kedai uollz. Hehe. Parah!!!!
bestnya ada kembar.. suka duka boleh share kan,. macam Ros dengan kakak la.. rapat sangat. sebab kitorang beza setahun je..
ReplyDeletenampak lain sikit la, sebab dah bercermin mata kan. tapi, iras tu masih ada :)
Memang best pun kak...hehe.
DeleteKembar sy dah chubby..tu yg nmpk lain..kitaorg punya sjape muka lain2