Tuesday, October 8, 2013

Mendidik semasa mereka masih kecil.

Assalaamualaikum...

Mengajar budak2 kecik ni memang perlu kesabaran yang sangat tinggi. Bising..main dalam kelas...kacau kawan...dan banyak lagi la. Semua nak kena control supaya bilik darjah tak jadi macam pasar borong. Memang stress jugak la aku. Huhu.

Dan benda yang paling susah nak control ialah mood diaorang. Contohnya macam ni...


Dok cerok dinding sorang2 main ABC puzzle block. Konon2nya layan perasaan sedih la tu. Puncanya sebab dia cakap lebih kurang je dengan aku. Jadi kena tegur la dengan kawan aku merangkap ustazah dia jugak. Bila tegur sikit, marah sikit mulalah tarik muka. Baca Al-Quran pon macam mau tak mau je. Pastu suruh ikut aku baca, bukak mulut sikiiiit. Suara pun tak dengar. Tangan tongkat dagu. Dah tau dah dia mood tak elok. Hurm...Walaupun kadang2 je buat perangai, tak selalu tapi geram jugak. Nasib baik la tahap kesabaran aku masih boleh control lagi. 

Untuk mengelakkan budak yang buat perangai tu rasa boring, aku bagi dia rehat sekejap. So, macam ni la jadinya...hehe.


Yang budak sorang ni plak susah jugak nak dengar cakap. Lagi2 dalam bab pakai tudung. Daripada awal tahun lagi suruh pakai tudung semasa sekolah, masih tak mau. Dah siap tolong beli tudung n hadiahkan pon masih tak mau pakai.


Tapi, alhamdulillah hari ni dia dah mula pakai. Harap2 terus istiqomah sampai bila2. Tak apa kalo sekadar pakai tudung di sekolah je asalkan dia dilatih masa kecik. So, nanti bila dah besar dia akan terbiasa n akan menutup aurat dengan sempurna. 

Walaupun murid tak ramai, hanya 2 orang, tapi cabarannya sangat besar. Terutamanya dalam membentuk sikap yang berlandaskan Islam. Proses tu perlu perlahan-lahan. Tak boleh paksa terus. Nanti ada yang memberontak. Lagi susah diaorang nak ikut apa yang disuruh. Tapi, sekarang alhamdulillah. Latihan yang berterusan dah nampak kesannya. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!