Setelah hampir setahun aku menganggur, akhirnya bulan Jun 2012 aku dipostingkan di negeri Sarawak. Mula2 agak frust sebab posting ke sekolah rendah. Sedangkan masa study n praktikal dulu aku dilatih untuk mengajar murid sekolah menengah. Apatah lagi lepas dengar nama sekolah aku ialah sekolah jenis kebangsaan cina. Nerves ada...teruja pun ada.
Tapi, disebalik setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Aku redha dengan rezeki yang Allah kurniakan. Pejam celik, pejam celik dah setahun lebih aku kat sini. Banyak perkara yang aku belajar dan tahu tentang budaya n adat bangsa lain terutama bangsa cina.
Setiap kali ada majlis2 rasmi, murid2 kat sini akan mempersembahkan Gendang 24 Musim sebab jumlah gendang ni semuanya 24 bijik. Maaf kalau aku tersilap. Hari tu dah tanya kat cikgu2 yang berbangsa Cina, apa nama khusus bagi gendang kat atas tu. Tapi diaorang pun tak reti nak istilahkan dalam bahasa Melayu. Kalau dalam bahasa cina boleh la. Aku pulak yang tak reti nak tulis. Hehe.
Masa mula2 tengok persembahan dioarang, terus jatuh hati sebab bunyinya sangat best. Dapat rasa semangat diaorang masa pukul2 gendang tu. Pastu aku tertarik jugak dengan formasi atau pergerakkan diaorang masa main. Ala2 kungfu gitew. Memang smart lah!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!