Saturday, May 17, 2014

Berhujung minggu di pedalaman Marudi.

Assalaamualaikum...

Petang tadi berkesempatan melawat kawan yang mengajar dalam kawasan pedalaman Marudi. Perjalanan mengambil masa 45 minit macam tu. Mana2 guru yang posting sekolah tu akan dapat elaun 10%.


Dalam perjalanan balik kitaorang singgah beberapa buah sekolah yang berhampiran untuk mengambil gambar. Kunun2nya nak buat bukti dah penah sampai kat sekolah tu. Hehe.



Sekolah tu memang semak sikit sebab dah tutup awal tahun ni kerana kekurangan murid. Apa yang aku tahu murid sekolah tu cuma seorang je. Cikgu plak memang setiap subjek sorang cikgu.


Hepi je buat peace kat situ kan. Hehe. Ni la sekolah yang kawan kepada housemate aku mengajar. Dia guru pelatih j-QAF macam housemate aku tu. Minggu depan last diaorang praktikum di sekolah. Sebab tu la tadi kitaorang pegi sana jenjalan. 


Sepanjang perjalanan tu akan jumpa sebuah sekolah aliran cina iaitu SJK (C) Hua Nam dan jugak SK Poyut. Tapi kitaorang tak berenti kat SK Poyut tu sebab takut lewat nak sampai pekan Marudi.


Ni la kawan2 aku yang bawak jenjalan tadi. Yang kakak dua orang depan tu dah senior sangat di Marudi. Ada yang dah 7 tahun mengajar di sini. Kalau takder diaorang jangan harap la aku nak sampai sana tu. Jujur aku katakan hidup di perantauan ni kawan2 la sebagai family. Kalau ada apa2, diaorang la jadi tempat rujukan. 

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!