Assalaamualaikum..
Hari kedua, kitaorg travel ke Gua Niah yang merupakan gua batu kapur yang terbentuk berjuta tahun yang lalu. Aku tak tahu yang kawan2 aku nak pegi Gua Niah. Sebab tu dressing aku tak berapa sesuai. Hehe. Jadi, saper2 yang nak pegi mesti berpakaian sukan lengkap berkasut. Lebih selesa dan sesuai.
Kitaorang sampai sana lebih kurang jam 9.30 pg. Perjalanan mengambil masa sejam lebih dari Miri. Kitaorg ikut jalan Luak Bay. Boleh la menikmati pemandangan Laut Cina Selatan.
Nak masuk gua kena register dulu dan bayar sorang RM10 untuk orang dewasa. Register nama tu wakil je yang tulis kalau pegi ramai2.
Masa ni kat jeti. Nak ke Gua Niah kena seberang sungai. Takder jambatan, so kena guna bot la.
Tengok muka aku. Confident je. Jadi saper2 yang ada niat nak travel Gua Niah, jangan takut2 ye naik bot ni. Hehe.
Masa bot jalan tu, jakun jap aku. Maklumlah, sebelum ni tak penah naik. Kesian!
Lebih kurang sejam lebih perjalanan baru kitaorang sampai kat pintu gua. Subhanallah! Cantik sangat. Sejuk macam ada aircond dalam tu.
Berbekalkan lampu suluh dan lampu yang ada kat hp aku ni, kitaorang meneruskan perjalanan lagi ke painting cave. Itupun mengambil masa hampir sejam. Kitaorang perlu daki berpuluh anak tangga nak ke dalam gua. Jalan nak masuk tu mencabar sikit. So, kena berhati-hati takut jatuh sebab licin kesan titisan air dari bahagian atas gua.
Syukur alhamdulillah akhirnya berjaya sampai ke penghujung. Penat tu memang la. Tapi kitaorang puas hati sangat. Kiranya kalau orang tanya tentang Gua Niah, syok la sikit cerita sebab dah sampai ke painted cave tu.
Ekceli, lukisan2 tu dah banyak kabur. Mungkin disebabkan oleh hakisan. Tapi ada la nampak sikit2 lukisan tu.
Lepas rehatkan badang jap, kitaorang gerak keluar dari gua. Masa tu cuaca macam nak hujan. Angin kuat dan ada bunyi guruh. Kitaorang cepat2 jalan takut tak sempat sampai ke gua.
Masa patah balik tu sekali lagi kena ikut laluan yang licin dan perlu mendaki berpuluh anak tangga yang kedudukannya rapat2. Huh! Bukan saja lenguh kaki, habis urat saraf aku membengkak. Nasib baik ada disediakan kerusi untuk merehatkan diri yang kesakitan.
Masa sampai di pintu gua, hujan dah turun dengan lebat. Sekali lagi aku dan kawan2 dapat menyaksikan kekuasaan Allah. Air hujan turun dari lubang yang terdapat di atas bumbung gua.
Apabila hujan dah reda sikit, kitaorang meneruskan perjalanan. Sampai kat luar jam dah menunjukkan pukul 3.30 petang. Kiranya kitaorang ambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan keluar-masuk gua. Ekceli tak sampai 5 jam pun. Kawan aku yang pegi sebelum ni dia cakap 4 jam je. Jadi disebabkan hujan dan kitaorang terpaksa berhenti, tu yang jadi 5 jam.
Malam tu aku terpaksa beli salonpas pakai kat lutut. Urat dah kembang uollz! Berdenyut-denyut rasanya. Jalan pun tak betul dah. Hehe.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!