Friday, May 2, 2014

Indahnya persahabatan.

Assalaamualaikum..

Hai ollz! Tadi kat sekolah ada sesi bergambar cikgu cikgi untuk majalah sekolah sempena ulang tahun sekolah ke-88. Huh! Memang gamat habis. Dah tu plak ada cikgu siap request snap gambar diaorg. Maklumlah, aku kan suka ambil gambar. Memang patut pun diaorg mintak. 

Ni antara cikgu2 yang sempat aku snap pic diaorang. Janji diaorang hepi!


Ok..yang ni namanya Ting Sze Xuan. Orangnya cool n teliti. Suka badminton n kereta. Sekali tengok macam korean pun ada kan. Kadang2 kalau aku nak sakat dia, aku panggil dia Lee Young Dae sebab dia ni peminat pemain badminton dari Korea tu. Hehe. 

Yang ni plak namanya Tiong Chuang Suang. Orangnya baik n suka menolong. Dulu kan dia kurus je. Sejak geng dengan aku n kawan2 lain yang spesis kuat makan, maka dia pun dah nampak semakin berisi. Haha. Nasib la..


Yang manis bertudung biru ini ialah kawan aku merangkap housemate. Dialah peneman aku di sini. Lepas cuti sekolah bulan Jun dia dah tak ada sebab latiha perguruan dia dah habis. Sorang2 la aku lepas ni. Kesian..


Si amoi yang comel2 ni plak kawan aku. Namanya Anita. Baru je posting awal tahun ni. Orangnya peramah. Sesuai la dengan aku yang mulut pot pet ni. Hehe. Dalam bilik guru dia duduk sebelah meja aku. Sebab tu kami boleh jadi rapat.


Sebenarnya semua cikgu di sekolah aku baik2 n spoting. Kadang2 tu slumber je bergurau. Yang selalu disakat oleh diaorang aku la. Hehe. Bersyukur sangat kerana mempunyai kawan2 yang baik. Diaorang lah yang menceriakan hidup aku seharian. Mungkin itulah hikmahnya aku dipostingkan di sini. Allah nak bagi peluang aku menjalinkan hubungan silaturrahim dengan pelbagai bangsa n agama. Tak la terasa sangat rindu kat family di kampung sebab diaorang ni semua aku dah anggap macam family sendiri. Semoga persahabatan ini kekal selamanya. Thanks bieng my friends!

2 comments:

  1. Seronok bersahabat! Lagi seronok kalau kita pandai menghargai sahabat itu. Menjadikan sahabat dunia akhirat.

    Salam ziarah kak! :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!