Thursday, January 13, 2011

CINTA - Part I


Adakah cinta mempunyai tempat dalam naungan iltizam dengan Islam? Adakah seorang Muslim diharuskan untuk menggunakan istilah cinta? Apakah perkara-perkara yang dicintai oleh seorang Muslim dan apakah pula yang dibencinya? Sesungguhnya kelembutan cinta memenuhi jiwa serta fikiran kebanyakkan manusia. Sebahagian orang menganggap bahawa istilah ini hanya khusus bagi seniman dan mereka yang gemar berkhayal. Cinta tidak memiliki tempat pada orang yang saleh dan taat. Sedangkan hakikat yang sebenarnya tidaklah sedemikian.
Seorang Muslim ialah orang yang paling banyak cintanya, paling teguh kasih sayangnya dan paling kuat perasaanya. Akan tetapi, perasaan cinta yang manakah yang memenuhi jiwa seorang Muslim? Apakah perkara yang paling dicintai oleh seorang Muslim dariapada lainnya?

Rasa cinta paling besar yang memenuhi hati seorang Muslim ialah cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW kerana kedua-duanya lebih dicintai daripada semua perkara sehingga juga cinta kepada dirinya sendiri disebabkan nikmat serta kebaikan yang diberikan kepadanya. Seorang Muslim mencintai Allah SWT kerana Dialah yang mengurniakan kehidupan bagi manusia dan Dialah sumber penciptaan dan perintah, penciptaan dan kurnian (bantuan), Allah SWT berfirman yang bermaksud : "(Begitulah) perbuatan Allah yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Naml (27) : 88).

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!