Friday, January 21, 2011

Salahuddin al-Ayubi - part I




Selepas kelas Pendidikan Islam di Malaysia, di fakulti pendidikan, aku dan rakan-rakan yang lain telah menerima sehelai risalah yang dinamakan "Tinta Akhirat". Ia hasil usaha Unit Kerohanian Lajnah Pendidikan Islam dalam sama-sama mengutip saham akhirat sebagai bekalan. Oleh itu, di sini aku bukan ingin memberi ceramah yang membuatkan anda semua boring, tetapi sekadar perkongsian sedikit ilmu supaya kita sama-sama mendapat manfaat daripadanya iaitu kisah Salahuddin al-Ayubi seorang pemimpin yang agung yang perlu kita contohi. Petikan ini diambil daripada; Saviors of Islamic Spirit, Abul Hassan ali Nadawi. Jom baca kisah Salahuddin al-Ayubi...

~ilustrasi pelukis; Salahuddin al-Ayubi~


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurd biasa (Poole, 1914). Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada sesiapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiyyah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini.

Stanley Lane Poole (1914), seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang govenor yang memiliki kelebihan daripada orang lain, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi, ia menunjukkan akhlak yang mulia.


~peta negara Mesir~


Walaubagaimanapun, Allah SWT telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah SWT telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tentera al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkan untuk mara ke Mesir. Pada masa itu, Mesir diperintah oleh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung di bawah khalifah. Kadi Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangat berat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikan orang yang hendak dibawa ke tempat pembunuhan (Kadi Bahauddin,1234).

Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu." (Surah al-Baqarah, ayat 216)

Bersambung....

1 comment:

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!