Cepatnya masa berlalu. Dua bulan di rumah, diri sibuk dengan periuk belanga,
menyediakan juadah untuk keluargaku tercinta. Sekarang sudah seminggu kembali
ke kampus, menempuhi saki baki semester. Sunyi..?? Sudah tentu. Hampir 23 tahun
ke sana sini dengan adik kembarku, kini terasa kesunyian tanpa dia di sisi.
Alhamdulillah, dia berjaya menamatkan pengajiannya selama 6 semester di bumi
Malaya. 7hb Ogos 2010, aku dan keluargaku akan meraikan hari bersejarah buat adik
kembarku. Tahniah Kak Ngah ucapkan.
. . . .
Namun, hidup harus diteruskan!! Lambat laun akan terbiasa dengan situasi ini.
Takkan nak selamanya berkepit berdua. Anggap ini sebagai latihan apabila adik
kembarku mendirikan rumah tangga kelak dan aku menjalani kehidupan sebagai
seorang pendidik (insya-Allah). Teringat hari yang lepas, mak cik di dewan makan
berkata:"sian dia sorang-sorang". Aku hanya tersenyum dengan kata-katanya.
. . . .
Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa mendampingiku, menceriakan
hidupku seharian, sudi 'melepak' berbual kosong, berkongsi cerita. Itulah harga
sebuah persahabatan. Sukar dicari di mana-mana. Semoga persahabatan kita kekal
selamanya. Amin...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!