Bagaimana memperoleh tenaga? Emmmm...sudah tentu melalui makanan dan juga minuman. Tenaga amat perlu bagi manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, kita juga bukan sahaja dapat menikmati khasiat dan zat daripada makanan serta minuman tersebut, malah dapat menggunakan semaksimum mungkin tenaga yang dihasilkan bagi mencari kekuatan diri dalam meneruskan kehidupan di bumi ciptaan Alla SWT ini.
. . . . . . .
Namun begitu, berapa ramaikah manusia yang menitikberatkan penjagaan kesihatan. Terdapat ramai lagi yang suka memilih makanan mengikut selera masing-masing tanpa memikirkan kesesuaian makanan itu untuk dimakan, terutama dari segi kebersihan, khasiat dan kehalalnya menurut syariat Islam. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu". (riwayat Muslim).
. . . . . . .
Islam begitu syumul (menyeluruh) dalam pemilihan makanan yang bersih dan halal. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Nahl (ayat 114-115), maksudnya :
"Makanlah apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat-nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa yang di dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang ia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
. . . . . . .
Makanan yang halal dan bersih perlulah diikuti dengan peraturan memakannya sebagaimana yang disarankan oleh agama Islam. Junjungan besar kita, Muhammad SAW telah menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu per tiga air, satu per tiga makanan dan satu per tiga udara. Ini amat bertepatan dengan metod ilmu sains dan kesihatan sendiri, itulah yang amat sesuai diamalkan oleh setiap manusia. Jika kita semua mengikut saranan Bagida SAW, insya-Allah kita dapat merasa nikmat kenyang dan memperoleh kesihatan tubuh badan yang baik di samping mendapat rahmat Allah SWT.
. . . . . . . .
Daripada aspek penjagaan kesihatan, Islam turut melarang berlebih-lebihan dalam mengambil apa jua makanan dan minuman. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang dipenuhi dan ketat dengan makanan yang halal". Oleh itu, makanlah sekadarnya seperti mana yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW iaitu makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang supaya kita tidak memperoleh kemudaratan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!