Saturday, January 25, 2014

Ustazah berbaju emas.

Assalaamualaikum...

Hai guyz! Hari khamis lepas aku masuk kelas tahun 1 untuk ajar Pendidikan Islam menggantikan kawan aku yang kena masuk maktab sebab dia ada exam. 

Seperti biasa aku masuk kelas n bercerita tentang kisah peribadi Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga Baginda. Murid2 tahun 1 belum belajar silibus lagi sebab diaorang masih dalam minggu transisi. 


Dah habis kelas tu, aku n diaorang pun keluar dari bilik j-QAF n pakai kasut masing2 untuk masuk semula ke kelas diaorang. Masa tu la ada sorang murid (dalam gambar : kiri) aku tanya :

"Ustazah, mana ustazah yang pakai baju emas tu?"

Hahaha...aku hampir tergelak besar kot. Mana ada kawan aku tu pakai baju emas. Baju warna kuning ada la. Hehe. 

Ekceli dia tanya tentang kawan aku tu pegi mana. Ye la..biasanya kawan aku yang ajar diaorang. Disebabkan tak ingat nama kawan aku tu kot dia cakap "ustazah pakai baju emas". Hehe. Lepas tu aku cakap la : "Ohhh...ustazah Asma' pegi miri!". Baru dia angguk2 faham. 

Haish! Macam2 la budak2 ni kan. Kalau diaorang tak ingat nama cikgu tu, diaorang akan describe dengan benda yang relate dengan cikgu tu. Contohnya, "cikgu pakai cermin mata", "cikgu rambut cacak" n lain2 lagi la. Kadang2 lucu plak tengok kerenah diaorang ni. Hehe.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!