Assalaamualaikum...
Hai guyz! Sekolah aku memang dekat sangat dengan airport. Jaraknya hanya 5 minit kalau naik keta.
Pastu kan, bangunan sekolah aku plak betul2 tengah laluan kapal terbang. Jadi masa kapal terbang nak landing tu, memang lalu betul2 atas bumbung kelas yang aku guna. Rendah plak tu. Apa lagi...bising ya amat la sampai aku terpaksa berhenti mengajar sekejap. Kalau bercakap masa tu mana budak2 nak dengar. Huhu.
Tapi tu kira ok lagi la sebab dalam sepagi tu berapa kali je kapal terbang tu lalu. Lagipun bukan sepanjang masa aku ngajar. Hehe.
Paling tak tahan kalau bomba tengah buat latihan. Berulang-alik la helikopter atas bumbung sekolah.
Masa aku praktikal dulu, kelas yang aku mengajar dekat dengan jalan raya. So, terganggu dengan bunyi bising motor, kereta, bas n lori. Bila posting plak, bising dengan benda lain. Kapal terbang beb!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!