Thursday, July 4, 2013

Mi Kari Bunga Raya.



 
Assalaamualaikum..

Sejak posting kat sini, dah jadi kebiasaan pulak sarapan pagi makan mi kari. Hehe. Tak pernah dibuat kot sepanjang 25 tahun aku hidup. Ye la. Pukul 9 pagi makan mi kari. Agak-agak la kan. Biasanya orang makan petang-petang ke. Malam-malam ke. Tengah hari ke kan. Mula-mula memang rasa pelik. Lama-lama tu dah ok. Aku semakin suka. Boleh dikatakan sebulan tu mesti makan mi kari la.

Antara sebab aku dah jatuh cintan dengan mi kari ni ialah rasanya sangat sedap. Spesis aku yang tak suka mi kari pon boleh feel habis makan mi kari ni. Huh..sedap sangat kot! Hehe. Nikmat tak terkata. Patutla berat badan aku naik 3 kg. Stress pulak nak turunkan balik berat badan seperti masa study dulu. Huk..huk!

Ok guyz. Paling unik tentang mi kari ni sebab namanya yang patriotik gitu. Mi Kari Bunga Raya. Ha! Bunga Raya tu. Kan bunga kebangsaan negara tercinta kita MALAYSIA. Hehe. Tak patriotik ke? Patriotik kan?

Ish..bukan dalam mi kari tu diaorang letak bunga raya. Apa la korang ni. Nama kedai tu Bunga Raya. So, kitaorang semua panggil Mi Kari Bunga Raya. =)


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!