Monday, July 8, 2013

Kisah si kembar selepas graduat.


Assalaamualaikum...

Hai guyz! Sedang tengok2 fesbuk tu, terjumpa la gambar aku n kembar berkonvo. Huh! Tetiba memori lama muncul kembali. Hehehe. 

Sejak lahir sampai la study kat UM pernah sekali je terpisah lama dengan kembar aku ni sebab dia kena mengikuti PLKN selama 3 bulan. Ya ampun! Serius boring tahap cipan. Maklumlah selama ni buat apa pun berdua, pergi mana pun berdua. Nak kuar pekan pon tak perlu ajak geng sebab aku dah ada geng sejak dalam perut mak lagi. Hehe.

Lepas dapat offer sambung blajar kat asasi UM Nilam Puri, Kelantan, mula2 adik aku tak nak pegi sebab dia dapat kos usuluddin dan aku pulak pendidikan Islam. Aku yang dengar ni terus rasa sedih. Lepas mak n mak sedara aku bagi nasihat dan dorongan, akhirnya adik aku batalakan hasratnya untuk tidak pergi. Yahuuuuu!!!! Tak perlu aku pisah dengan dia. 

Habis 2 tahun, kitaorang sambung degree di universiti yang sama jugak. Cuma negeri je yang lain iaitu KL. huhu. Cabaran..cabaran...maklumlah bandar..!!! Lepas tahun pertama aku dah mula terfikir bahawa suatu masa nanti aku akan terpisah jugak terutama salah seorang sudah berkahwen. Hehe. Kena ikut suami daaa...

Walaupun sekarang kitaorang dipisahkan dengan Laut Cina Selatan, tetapi tetap berhubung setiap hari. Paling banyak pon kitaorang akan chat di imsg. Pastu kan, klo aku cuti sekolah, dia pon sibuk2 nak balik jugak. Nasib baik husband dia benarkan. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!