Assalaamualaikum dan salam sejahtera...
korang dah lunch belum? aku kat sini dah lapor. belum makan. asyik dengan internet jer. aishhh...pengaruh tak baik ni. lalai. lalai.
Dah! dah! stop main tenet tu!! tibai sat g! hehe. tapi, sat dulu noh. nak post entri yang ntah apa-apa ni dulu eh. boleh la. boleh la. aih...mengada-ngada lak. cepat skit!!!
Ok! back to niat asal. sebelum tu, nak tanya. cute kan benda dalam gambar tu? (melalut lagi ) ok! ok! sebenarnye nak citer kat sini, aku ada tabung tau. kiut miut lagi. dalam tabung ni aku simpan duit syiling. dah berat dah. berat! berat! almaklumlah. duit syiling. setiap kali aku bayar kat kaunter shopping mall ke, kedai runcit ke, pasti aku TAK AKAN GUNA DUIT SYILING! sebab apa? sebab aku nak masukkan dalam tabung rumah aku ni la. HAHA~
Pagi tadi si tecik (my cousin) pegang tabung kiut aku nih. siap goncang-goncang lagi. aku buat-buat marah la sebab takut duit syiling tu berterabur kuar dari buntut tabung yang dah standby nak jerlus. aku dengan muka eksyen terus kata (kat cousin aku) : "Haaa...banyakkan duit syiling kak ngah?" cousin aku jawab : "ha...banyakkkkk!!!" aku kata lagi : "tu la...iwan kalo dapat duit, terus p kedai. beli keropok, coklat. kak ngah simpan. bila banyak nanti, boleh la beli macam-macam". hehe. teruja muka cousin aku tu.
Sebenarnya, kita ni bila ada duit lebih sikit, ringan-ringankanlah tangan untuk menabung. bukannya apa, masa depan kita tak tahu. mana tau, kot-kot duit tu boleh guna untuk belanja kawin ke, buat bayar yuran ke, dan yang paling penting bantu mak ayah pegi buat haji. lagi bagus kan. kan! kan! kalo tak, tak der la istilah "MENABUNG AMALAN MULIA". setuju???
welcome-welcome syiling...
lubang tu syiling 50 sen tak muat. terpaksa masukkan ikut buntut dia..(^-*)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!