Friday, September 23, 2011

Kek coklat kukus...kali pertama cuba...tidak mengecewakan!!!

Kek Coklat Kukus.
Sumber : ntah...dah tak ingat blog sape...=)))



Bahan utama :

1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair
1 cwn gula pasir
1 cwn marjerin (dicairkan) /minyak masak (saya guna minyak masak sebab marjerin tak der)
1/2 cwn susu pekat manis.

Campur semua bahan di atas dan masak hingga sebati. Kemudian, tutup api dan biarkan sehingga suam.

Bahan tepung :

1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder

Diayak bersama.

Bahan telur :

3 biji telur (A)
1 sudu teh ovallete
1 sudu teh esen vanila

Cara membuatnya:
  1. Pukul telur + ovallete + esen vanila sehingga benar-benar kembang.
  2. Kemudian, masukkan adunan koko yang telah suam tadi ke dalam adunan telur dan kacau sehingga sebati.
  3. Akhir sekali, masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis. Pukul adunan sehingga sebati.
  4. Panaskan periuk kukus.
  5. Sementara itu sapukan loyang dengan sedikit minyak sebelum menuang adunan ke dalamnya. Setelah itu barulah dituangkan ke dalam loyang.
  6. Setelah kukusan sudah panas, bolehlah dimasukkan adunan kek ke dalam periuk kukus dan kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api sederhana.
  7. Setelah kek masak, keluarkan dari periuk kukusan dan sejukkan. Apabila sudah sejuk, keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk topping.


Bahan Topping:

3/4 cwn serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis (saya letak lebih)
1/2 sudu makan shortening
3/4 cwn air panas

  • Masak dan kacau hingga koko sebati sehingga nampak agak likat dengan menggunakan api yang sangat kecil.
  • Kemudian, tuang la atas kek tu. Siap!<

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!