Friday, February 11, 2011

Jika




"Jika kamu bertemu dengan orang tua,
bisikkan kepada hatimu. sesungguhnya dia
orang tua, pasti pahalanya banyak
bertimbun..."

"Jika kamu bertemu orang muda, bisikkan
kepada hatimu. Dia masih muda, dosanya
pasti kurang berbanding aku..."

"Jika kamu bertemu dengan orang alim,
bisikkan kepada hatimu. dia orang alim, pasti ia
lebih mulia berbanding aku..."

"Jika kamu bertemu bertemu dengan orang jahil,
bisikkan kepada hatimu. Dia orang jahil, dia
melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan
aku melakukan maksiat dalam
keadaan aku mengetahui..."

"Jika kamu bertemu pelaku maksiat,
maka bisikkan kepada hatimu. Dia mungkin
pelaku maksiat, namun aku tidak tahu apakah
kesudahan penghujung hidupku. Mungkin dia
mati dalam keadaan bertaubat dan
taat sedangkan aku tidak tahu
kesudahanku..."

~Sheikh Abdul Kadir Jailani~

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!