Friday, February 25, 2011

Orang kaya yang bakhil

Assalaamualaikum...hai semua...kali ni aku nak share satu kisah yang banyak memberi pengajaran buat kita semua. Kisah ini diceritakan oleh seorang murobbi aku, Dr. Ghazali Darussalam iaitu seorang pensyarah kanan di Fakulti Pendidikan UM. Sama-sama kita mengambil iktibar daripada kisah ini.

. . . . . .

Di kota Baghdad, Iraq, terdapat seorang yang amat kaya. Mempunyai harta yang tidak terhitung nilainya. Walaupun beliau seorang yang kaya, tetapi beliau mempunyai sifat bakhil. Sangat kedekut orangnya. Pada suatu hari, beliau didatangi seorang yang fakir lagi miskin.

"Wahai tuan, berilah aku sedikit makanan kerana aku sangat lapar", si fakir itu berkata.

"Tidak ada makanan untuk kamu. Pergi kamu dari sini!", katanya dengan begitu angkuh sekali.

Namun, si fakir itu tidak berputus asa. Kali kedua beliau meminta pula segelas minuman. "Kalau begitu, berilah aku segelas minuman buat penghilang dahaga", katanya lagi.

"Segelas minuman pun tidak ada untuk kamu di sini. Nyah kamu dari rumahku!", orang kaya itu berkata tanpa rasa belas kasihan.

Fakir miskin itu tidak juga berputus asa. "Kalau begitu, tuan berilah apa saja harta yang tuan miliki dalam rumah ini".

Jawab orang kaya tersebut : "Baiklah. Adakah kamu nampak sepohon pokok di sebelah pagar rumahku? Maka si fakir itu pun menjawab : "Ya! aku nampak pohon yang dimaksudkan oleh tuan".

"Engkau panjatlah dan ambillah sehelai daun yang paling hujung di pucuk pohon tersebut", kata orang kaya itu lagi.

Maka, si fakir itupun panjatlah pohon tersebut dan memetik sehelai daun yang dimaksudkan oleh orang kaya yang sombong dan kedekut itu. Setelah turun dari pohon itu, si fakir itu pun menunjukkan daun tersebut pada orang kaya itu sambil berkata :

"Inikah daun yang tuan maksudkan itu?", si fakir bertanya.

"Ya! Engkau ambillah daun itu dan aku ikhlas memberikannya pada engkau", orang kaya itu pun menjawab.

Maka, pulanglah si fakir itu dengan daun sehelai di tangannya.

. . . . . .

Ditakdirkan, pada suatu malam, orang kaya itu bermimpi. Beliau bermimpi seolah-olah beliau sudah meninggal dunia. Jenazahnya dimandikan, dikafankan dan disemadikan di tanah perkuburan. Kemudian, selepas itu beliau didatangi malaikat Munkar dan Nakir untuk menyoalnya. Ketika malaikat-malaikat hendak memukulnya, sehelai daun telah melayang datang kepadanya lalu menepis pukulan malaikat Munkar dan Nakir itu. Dipukul sebelah kanan, daun itu menepis, didukul sebelah kiri, daun itu juga menepis. Begitulah berlaku seterusnya. Maka, orang kaya itu pun terselamat daripada terkena sebatan malaikat-malaikat tersebut. Rupanya, daun yang menolongnya itulah yang diberi kepada fakir miskin itu.

Apabila terjaga daripada mimpi, beliau berasa insaf akan sifatnya yang kedekut dan sombong sebelum ini. Setelah itu, orang kaya yang bakhil lagi sombong itu menjadi seorang yang paling dermawan di Baghdad sehingga hartanya yang bertimbun habis disedekahkan kepada fakir miskin di negerinya.

Itulah nilainya sedekah yang disertai dengan keikhlasan hati. Walaupun sedikit, tetapi ia sangat bermakna. Seperti mana hadis Rasulullah SAW, iaitu ketika anak-anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah semua amalan, kecuali 3 perkara iaitu salah satunya adalah sedekah jariah. Oleh itu, aku menyeru kepada diri aku sendiri dan semua, bersedekahlah walaupun sedikit dan ikutlah kemampuan kita. Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah kerana kita tak tahu bila kita akan mati. Sekarang...esok...ataupun lusa...kita pun tak tahu. Semoga kita semua menjadi muslim yang mukmin..

Monday, February 21, 2011

Demam PRK



Mood pilihanraya kampus telah melanda UM...hari ni 21 Februari 2011, semua mahasiswa turun mengundi...menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin yang akan membawa kampus ke mercu kegemilangan...alhamdulillah aku pun dah selesai mengundi...sesi ini, merupakan kali kedua aku mengundi menggunakan sistem e-voting...hope sistem ini telus...tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja...

Yang masih belum mengundi tu...perlu ingat...kekurangan satu undian anda, boleh merubah segala2nya...so, kalau rasa anda bertanggungjawab, ayuh sama2 kita vote...pilih calon yang anda yakin layak untuk memimpin kampus kita...=D

Sunday, February 20, 2011

SMK Padang Tembak

Dah 8 semester aku menuntut ilmu di UM...bulan 5 nanti giliran untuk praktikal di lapangan yang sebenar plak...ermmm....neves pun ada gak nih...ye la...dah nama pun guru pelatih... bukannya ada pengalaman mengajar budak2 sekolah...mudah2an aku menjadi seorang pendidik yang berdedikasi...(jiwa semangat..!!!)

. . . . . .

Sekolah untuk latihan mengajar dah decide...tunggu nak kontek pihak sekolah jerk...semalam dah p jalan2 tengok sekolah...11KM dari UM jerkk...jauh jugak kan..?? sekolah ni terletak area Jalan Semarak....aku dah selalu p...jadi tak susah sangat nak carik...dengan bantuan Mr. GPS lagik senang..huahuahua...

. . . . .

Sekolah ni rupa2nya dekat dengan PULAPOL dan KEMENTAH...patut la nama pun SMK Padang Tembak...memang area tu orang dok tembak2 kot...hehe...gambar2 kat bawah ni view tentang sekolah tu...kawasan tak luas sangat aku rasa...tapi murid2 mencecah seribu lebih jugak...banyak kan??..elehhh..sekolah aku dulu lagi banyakk...(wah...bangga2!!)




~main gate~

~2nd gate~

Thursday, February 17, 2011

Jom layanzzz..!!

Sambil2 aku melayan lagu...kebetulan kawan aku suruh aku send email...aku pun bukak la yahoo mail....ada la 1 msg yg belum dibaca dlm inbox...email daripada roomate aku...dia forward...then aku pun click...tergelak2 aku tengok gambar2 yang dia forward...memang kreatif...anak saper la yang create ni ye...jom layanzzz...!!


Tidakkk aku belum tingal wasiat lg Tolongggggg......


Adeh sakit mata aku ...


Fuh.. fuh.. fuhhhh....


Arhhhhhhhrr tolonggggg....


yehaaa...


Geng Pepsi BULI Cola....


Geng Cola BULI Pepsi balik hehehehe :)


Alamak kawan aku sudah kena baham...


Layan lagu S.Jibeng pun ok ni heheh... :)


Kena marah pun still buleh relaks lagi :)


Derma sos ...:)


Oh Fatimah terimalah bunga ini...


Jom p dating :)


p/s : yang baik dijadikan teladan...dan yang buruk dijadikan sempadan...=D

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul 1432H


12 Rabiul Awal tahun gajah....
telah lahirnya seorang insan mulia...
diberi nama MUHAMMAD...
seorang anak yatim piatu sejak usia kecil...
namun, Baginda seorang yang penyabar...
walaupun pelbagai dugaan menimpa...
namun hati tetap memohon kepadaNya...
Dialah tempat mengadu segala hal...

pemergian Baginda ditangisi seluruh umat...
ditangisi para sahabat...
alam semesta...
namun, yang pergi takkan kembali...
hanya selawat dan doa...
mengiringi pemergian kekasih Allah...
Muhammad SAW...

Sunday, February 13, 2011

Sahabat dan ikhwan

Pada suatu hari, terjadi percakapan anatara Nabi
Muhammad SAW dengan Saidina Abu Bakar.
Kata Rasulullah SAW : "Wahai Abu Bakar, alangkah rindunya aku
hendak bertemu dengan ikhwan-ikhwanku (saudara-saudaraku)..."

"Wahai Rasulullah. Bukankah kami ini teman-temanmu?", tanya Abu Bakar.
"Bukan!", jawab Nabi SAW. "Kamu ini hanyalah sahabat-sahabatku."

Keterangan Nabi SAW ini menghairankan Saidina Abu Bakar.
Apa bezanya sahabat dan ikhwan?
"Ikhwan-ikhwanku," menurut Nabi SAW ialah mereka
yang belum pernah melihat aku, tetapi mereka beriman dengan
aku dan mencintai aku sehingga aku lebih
mereka cintai daripada anak dan orang tua mereka".
"Wahai Abu Bakar, adakah engkau tidak akan cinta
kepada ikhwanku itu, mereka mencintai engkau pula
kerana kecintaan aku kepada engkau?" demikian kata
Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW juga membicarakan kemurnian iman ikhwan
sehingga para sahabat hairan mendengarnya.
"Siapakah makhluk Allah SWT yang paling ajaib imannya?"
tanya Rasulullah.

Rasulullah juga membeciarakan kemurnian iman ikhwan
sehingga para sahabat hairan mendengarnya.
"Siapakah makhluk Allah yang paling ajaib imannya?"
tanya Rasulullah.
"Malaikat", jawab mereka. "Bagaimana malaikat tidak akan
beriman kepada Allah sedangkan mereka dekat
sekali dengan Allah". Jawab Rasulullah.

"Para Nabi," jawab mereka lagi.
"Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan
wahyu diturunkan kepada mereka," jawab Rasulullah SAW.
"Kami." Jawab sahabat lagi.
"Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku
berada di tengah-tengah kamu," jawab Nabi SAW.

Nabi SAW menjawab, "makhluk yang paling
ajaib imannya ialah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka
membaca al-Quran dan beriman dengan semua isinya.
Baginda bersbda lagi, "berbahagialah orang yang dapat berjumpa
dan beriman dengan aku. Dan berbahagialah
tujuh kali orang yang beriman dengan aku, tetapi
tidak pernah berjumpa dengan aku...

Demikian Rasulullah SAW mencintai sahabat yang
selalu berjumpa dengan Baginda dan ikhwan yang
memiliki iman ajaib tetapi tidak pernah berjumpa
Baginda SAW.

Friday, February 11, 2011

Jika




"Jika kamu bertemu dengan orang tua,
bisikkan kepada hatimu. sesungguhnya dia
orang tua, pasti pahalanya banyak
bertimbun..."

"Jika kamu bertemu orang muda, bisikkan
kepada hatimu. Dia masih muda, dosanya
pasti kurang berbanding aku..."

"Jika kamu bertemu dengan orang alim,
bisikkan kepada hatimu. dia orang alim, pasti ia
lebih mulia berbanding aku..."

"Jika kamu bertemu bertemu dengan orang jahil,
bisikkan kepada hatimu. Dia orang jahil, dia
melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan
aku melakukan maksiat dalam
keadaan aku mengetahui..."

"Jika kamu bertemu pelaku maksiat,
maka bisikkan kepada hatimu. Dia mungkin
pelaku maksiat, namun aku tidak tahu apakah
kesudahan penghujung hidupku. Mungkin dia
mati dalam keadaan bertaubat dan
taat sedangkan aku tidak tahu
kesudahanku..."

~Sheikh Abdul Kadir Jailani~

Sunday, February 6, 2011

Jantung Pisang Goreng Berlada




Cuti semester yang lepas, teringin nak makan jantung pisang goreng sebab ternampak ayah amik kat belakang umah. Boleh dijadikan menu tengah hari...sayur-sayur lain aku tak berapa nak makan...so, pertama kali cuba makan yang ini, terus jatuh cintan...huhu



RESEPI JANTUNG PISANG GORENG BERLADA :
Sumber : Masiha

BAHAN-BAHAN :

  • 1 biji jantung pisang - dihiris nipis2 (direndam dalam air supaya tidak menjadi hitam)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Sedikit garam

BAHAN TUMBUK :

  • 2 ulas bawang merah
  • 3 tangkal cili padi
  • 1 genggam ikan bilis

CARA-CARA :

  • Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan jantung pisang yang telah dihiris.
  • Perasakan dengan garam.
  • Setelah masak, angkat untuk dihidangkan.