Friday, December 3, 2010

TAMMAT


Tamatnya peperiksaan petang tadi, bermakna semester ke-7 pun dah selesai. Pelbagai dugaan dan cabaran yang telah aku tempuhi sepanjang 14 minggu kuliah (belum campur cuti). Suka dan duka bersama-sama rakan seperjuangan menimba ilmu di bumi UM membuat diriku lebih matang.
Selepas ni, aku akan bercuti selama 3 minggu. Masa cutiku akan aku habiskan di kampung. Bermula semula rutin kebiasaanku; mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, memasak dan sebagainya.
Di samping itu, sempena cuti persekolahan hujung tahun, memenuhi jemputan kenduri kahwin sudah menjadi kemestian. Kesedapan gulai kawah boleh membuatkan aku jadi mengidam. Ditambah pula dengan batang pisang (bahagian dalam batang yang lembut) yang dicampur dengan gulai daging, membuatkan sesiapa pun tidak akan melepaskan peluang menikmatinya sebab time kenduri kendara sahaja dimasak sebegitu. Nak masak harian kat rumah, alamatnya kempunan la. Bukannya apa, kena rajin banyak. Nak tebang pokok pisang lagi, nak proses ambil bahagian dalam batang yang lembut tu, memang amat-amat menguji kerajinan seseorang. So, bila ada jemputan kahwin, jangan lepaskan peluang ye. Perlu diingat, menghadirkan diri ke kenduri jiran merupakan satu kewajipan kita selain dapat mengeratkan silaturrahim sesama jiran tetangga.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!