Sunday, January 18, 2015

Lembaran baharu 2015.

Assalaamualaikum...

Terasa cepat 2014 melabuhkan tirainya. Masa berlalu dengan begitu pantas sehingga tidak sedar ia meninggalkan 1001 kenangan. Pelbagai rencah kehidupan yang telah aku lalui. Pahit. Manis. Gembira. Sedih. Duka. Bahagia. Derita. Sengsara.

Allah. Bukan mudah untuk aku lalui semua itu sendirian. Ada ketikanya hampir membuatkan diri ku tewas. Tetapi setiap kali memikirkan itu adalah lumrah kehidupan, aku kembali bangkit membina kekuatan. 

Membina kembali semangat dalam diri yang hampir nipis. Alhamdulillah jika hambaNya bersabar, Dia akan memberi 1001 kemanisan. Itulah janji sang Pencipta.

Biarlah 2014 dengan ceritanya. Tinggalkanlah 2014 sebagai kenangan dalam hidup. Kenangan yang akan mematangkan diri setiap insan yang merasainya. Kerana, setiap yang berlaku ada hikmah yang tidak dapat ditelahi. Hanya berserah pada yang Esa.  

Harapan dan doa mengiringi lembaran 2015 agar akan bermulalah satu episod kehidupan yang baharu. Kehidupan yang lebih bahagia dan sempurna dengan kehadiran insan yang istimewa di sisi. Yang akan memimpin tanganku bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan. Bersama-sama merasai manisnya hidup andai keimanan itu sentiasa dipahatkan bersama kesabaran. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!