Monday, October 6, 2014

Trip ke Kuching.

Assalaamualaikum..

Alhamdulillah tercapai jugak hasrat hati nak jalan2 kat Kuching. Dah banyak kali tertangguh. Tak tau sebab pa. Hehe. Jadi, kesempatan cuti raya haji kali ni aku booked tiket ke sana. Tekad dah.


Hari pertama, kawan2 bawak aku p Serikin. Kawan aku yang dok Sabah tu yang nak p beli barang orang pesan. Aku ikut ja. Hehe. Pasar Serikin ni kira tempat W.A.J.I.B p kalau dah ada kat Kuching n memang ramai orang semenanjung yang shopping kat situ sebab barang2 yang juai murah2. Kalau tak tahan napsu memang boleh rabak poket. Tapi, masa kitaorang p orang tak ramai sangat. Mungkin sebab besok tu nak raya kot. Kalau hari biasa, jalan pun boleh selisih bahu tau.

Pasar Serikin terletak berhampiran dengan sempadan Malaysia-Indonesia. Kalau kat semenanjung macam Wang Kelian tu. Rata2 peniaga kat sini orang Indon n orang tempatan sendiri. Perjalanan nak ke sana lebih kurang sejam dari bandar Kuching. Kawan aku bawak keta 80km/j macam tu sebab jalannya banyak selekoh n struktur jalan pun tak berapa smooth. Kalau bawak keta laju memang melantun la jawabnya. Tak dan nak sampai sana dah pening lalat. Habis tu guane nak shopping kan dah kalau lagu tu keadaannya.


Masa ni kitaorang singgah gerai yang juai kain telekung. Macam2 jenis sampai rambang mata nak pilih hat mana satu. Lawa2 plak tu. Telekung sulam yang kawan aku beli 50 hengget je. Kalau kat semenanjung mau cecah ratus hengget.


Haa..pilih jangan tak pilih kakak2 adik2. Hehe. Ni kawan2 aku dok pilih kain pelikat untuk family depa. Aku beli gak sepasang kain sarung Samarinda untuk ayah aku. Dalam 20 hengget gitew. Penjual tu cakap ori punya. Ntah la. Aku beli ja. Yang penting ada buah tangan untuk ayah aku. Kami anak beranak pompuan aku dah beli kain batik Sarawak untuk buat baju kurung. 


Aku kalau nampak benda alah ni kan memang tak lepas pandang. Kaki macam tak mau jalan ja selagi tak beli. Apatah lagi aku ni jenis orang yang SANGAT menghargai hasil kraftangan. Nak kena beli jugak. Kalau tak balik rumah dok mimpi2 plak. Harganya 48 hengget je tau. Berbaloi-baloi.


Lepas shopping kat Serikin, kitaorang gerak ke Santubong plak. Amik angin petang kat Damai Beach. Kalau drive keta lebih kurang sejam jugak la dari Serikin ke Santubong tu. Ni antara tempat wajib p kalau mai Kuching okey. 


Nak p main kat tepi pantai malas plak. Nanti tenggelam kasut sebab aku pakai heels. Jadi, bergambaq la kami kat burung besaq ni sedas dua. Hehe. Nasib baik bawak cameraman okeh!


Nak balik dah masa ni. Sambil2 tu bergambaq sekeping dua berlatar belakangkan Gunung Santubong. Cantik tau view gunung tu. Berkabus lagi. Kat situ jugak ada track pendakian bagi penggemar aktiviti lasak. Menurut apa yang diceritakan kawan aku, nak sampai puncak gunung amik masa 6 jam. Kalau nak naik atas kena booking dulu.


Kat situ ada jugak terletaknya Kampung Budaya Sarawak. Kalau masuk dalam tu boleh tengok persembahan n pameran tentang budaya etnik2 yang terdapat di Sarawak. Masa kitaorang sampai dah tutup. Jadi, tak dak peluang nak masuk ler. Amik gambaq kat depan gate pun dah ok.


Dari Santubong kitaorang ke pusat bandar. Kawan aku bawak p bergambaq kat bangunan DUN negeri Sarawak. Serius cantik bangunan tu. Belakang tu plak waterfront. Tiap2 taun depa buat regatta Kuching kat situ la.


Lepas jalan2 n shopping kek lapis Dayang Salhah, haruslah isi perut yang dah berdangdut mas idayu ni. Hehe. P pekena makan nasi ayam penyet kat Medan Selera Kg. Boyan. Area waterfront tu. Sejalan dengan kedai kek lapis Dayang Salhah n kek lapis Mira. Nasi ayam penyet ni lain skit dengan nasi ayam penyet yang besa aku makan. Ayamnya dipanggang n ada sambal tumis. Sedap tau. Korang wajib rasa kalau p Kuching. Tapi harga aku tak tau plak sebab kawan aku yang belanja. Dia kata buat kenuri. Hehe. Rezeki!

Bila malam baru kitaorang balik ke rumah. Takbir raya pun kot tengah jalan ja la ikut takbir yang dengaq dari speaker surau atau masjid. Badan ni letih tak kira dah. Malam tu tidoq lena sangat. Sedaq2 dah pagi. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!