Assalaamualaikum...
Huh! Penat sungguh hari ni. Pagi pegi sekolah, petang pun pegi sekolah jugak sampai malam baru balik rumah. Maklumlah sekarang ni musim sukan.
Ok kembali kepada tajuk entri. Ekceli, pagi tadi sekolah aku ada buat fire drill. Panggil bomba datang bagi ceramah tentang kebakaran. Memang excited sangat sebab tahun lepas takder plak bomba datang. Kali ni siap bawak keta bomba lagi. Hehe. Pastu dengan muka tak malunya mulalah aku menepek kat tepi keta bomba tu. Hehe.
Ni semua gambar sekitar peristiwa pagi tadi. Yang kelakarnya tu kan, ada sorang budak ni jerit "cepat!!cepat!! Polis datang!!". Haha..tergelak aku bila kawan aku cerita. Ekceli budak tu tak tau beza antara polis n bomba sebab dia tu mix chinese n papu new guinea. Dia hanya tahu bahasa Cina n bahasa papua tu je. Bahasa Malaysia dia tak tahu langsung. Memang patut la dia panggil bomba tu polis. Hehe.
Semua dah berkumpul...bergegas-gegas kami semua ke tempat perhimpunan.
Kebetulan cuaca pagi tu panas lak. Kesian mutid2. Cikgu2 plak sedap je dok kat tempat teduh. Hehe.
Kemudian, ketua balai bomba Marudi bagi ceramah sikit tentang tindakan yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran.
Hope lepas ni jika ada kebakaran, tahulah apa yang perlu dilakukan. Jangan sampai ada yang rentung, tetkorban dah la. Nauzubillah!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!