Assalaamualaikum...
Salam 23 Ramadhan! Di harap anda semua berada dalam rahmat Allah. Sama-samalah kita mencari malam lailatul qadar.
Dua hari lepas, ketika menunggu untuk berbuka puasa, datang seorang ibu kepada anak murid aku ke rumah. Suprise gitu! Rupa-rupanya dia datang nak bagi bubur pedas untuk juadah berbuka. Orang kat sini biasanya suka sebut perkataan "sedekah". Soalan yang dia tanya, pandai tak makan bubur pedas. Aku biasalah, bagi jawapan selamat, penah makan. Hehehe.
Bubur pedas ni memang makanan tradisi orang Sarawak. Tahun lepas first time aku makan. Hurmmm...not bad. Tapi biasalah, tekak aku susah nak terima makanan ni sebab banyak sayur. Haha. Dah aku ni jenis yang spesis kureng makan sayur. Bukan tak makan sayur...kureng makan je.
Nak masak bubur ni kena guna rempah khas macam laksa Sarawak tu. Kalo kat sini, di bazar Ramadhan ada jual. So, sesiapa yang nak try, p cari kat bazar ok!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!