Assalaamualaikum...
Hai guys...malam ni aku bersiaran lagi. wah..wah...ala-ala pengacara tv gitu. yup! sebab masa ni aku nak kongsi citer ni gak. aku TERKURUNG kau. dalam bilik sendiri. tak tahan dah nak tunggu esok-esok nak buat entri ni ha!
Ceritanya bermula begini...dalam pukul 2 petang lebih gitu..aku dah siap amik air semayang nak solat zohor. so, bila aku masuk bilik, aku terus tutup pintu. aku dah tahu yang tombol pintu tu dah rosak tapi kali ni aku TERTEKAN pintu kuat. tak sengaja nak buat begitu kau. huhu. so, terkuncilah ia. macam mana ntah, hari ni aku careless. mungkin benda nak jadi kot. aku tak jangka akan berlakunya adegan terkurung nih...
Lepas tu, aku dengan relaxnya, mintak tolong mak aku bukakan dari luar. sebelum-sebelum ni boleh je. tapi petang td tak boleh kau tahu. haissshhhh!! tu la katanya benda nak jadi kan. macam-macam. then, mak aku pun hulur la skru driver (ntah betul ke tidak ejaannya) tuk aku rongkah dari dalam bilik. wah!! makanya aku ala-ala pomen gitu, mulalah aku kerjakan pintu jahanam tu. yang hairannya...tak boleh jugak tu. fening...!!
Lama-lama aku dah fade-up kau tahu. mengelabah aku tak leh bukak-bukak jugak. ah!! biar la. baik aku tidur je. nak turunkan tahap kegelabahan aku la katakan. melingkar lagi! beberapa minit lepas tu, aku pun dah lali nak tidur, baru adik lelaki aku balik. dia yang tolong bukakan pintu tu. nasib baik berjaya. kalu tidak, duduk la aku dalam bilik tu sampai tunggu pertolongan dari langit. hehe.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!