Aku percaya, semua orang yang hidup kat dunia ni, ada hobi atau kesukaan masing-masing. Aku pun tak terkecuali. Hobi terbaru aku, sulaman manik dan labuci. Kebanyakkan yang aku jumpa, hanya kaum isteri atau kaum ibu saja yang minat jahit menjahit manik ni. Tapi tak bermakna juga golongan muda-mudi tidak berminat dengan hobi macam ni. Contohnya aku (masuk bakul angkat sendiri).
Kalau orang yang tak rajin, susah la. Bukan senang nak masukkan jarum dalam lubang manik yang kecil-kecil tu. Boleh rabun dua biji mata yang sudah sedia wujud sejak azali lagi. Silap haribulan kena tambah lagi 'dua mata'. Malahan ia mengambil masa yang lama. Berjam-jam jugak la nak siapkan satu design. Tambahan pulak, kita tak boleh lari daripada risiko sakit pinggang. Tapi bila dah tengok hasil sulaman kita sendiri, hati bukan main happy lagi. Baju yang pada mulanya kosong, jadi glamor serta merta dengan manik-manik dan labuci-labuci yang berkelip-kelip. Baju yang tak berapa mahal pun, nampak macam baju butik. hehe...
Sesiapa yang berminat, bolehlah belajar sendiri atau ikuti mana-mana kelas sulaman manik. Lagipun, boleh isi masa lapang kita dengan aktiviti yang berfaedah. Selain tu, boleh juga jimat kos sebab upah sulam manik ni mahal-mahal belaka. Terbeliak biji mata tengok harganya. So, ambillah inisiatif untuk belajar sulam manik dan labuci ni.
Gambar-gambar yang kat bawah ni, semua aku jahit. Aku belajar sendiri dengan berpandukan blog-blog beaders yang bercambah kat internet. Nak join kelas formal, yurannya agak mahal. Maklumlah, pelajar macam aku ni, banyak nak guna duit untuk pengajian.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!