Forum pendidikan dengan tema "Rela dididik sebelum mendidik" (IKON'10) yang telah berlansung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya hari ini, telah mencetus satu revolusi kepada bakal-bakal pendidik abad 21. Apa yang FL dapat simpulkan daripada ketiga-tiga slot tadi, pelbagai cabaran dan tribulasi yang telah dihadapi oleh guru di sekolah dan juga yang akan dihadapi oleh bakal guru. Antaranya, masalah disiplin pelajar, pelajar ponteng sekolah, gejala maksiat, pelajar yang tidak cemerlang dan sebagainya. Oleh itu, bagi bakal-bakal guru, kita perlulah bersiap sedia untuk menghadapi situasi sebenar di sekolah nanti. Di sinilah kredibiliti kita sebagai guru diuji. Oleh itu, FL menyeru kepada semua bakal guru, hadapilah segala cabaran dengan tenang dan baik. Jadikan Allah SWT sebagai tempat memohon petunjuk. Insya-Allah, dengan niat yang baik dan azam yang tinggi, segalanya pasti mudah.
Namun begitu, persoalannya di sini, adakah perkara-perkara yang disebutkan tadi merupakan cabaran yang sebenar? FL bersetuju dengan pendapat panel pertama, Ustazah Salina Busrowi yang merupakan guru cemerlang SMK Dato' Harun, bahawa cabaran yang paling utama ialah, diri guru itu sendiri iaitu bagaimana seorang guru hendak membentuk dirinya supaya menjadi qudwah hasanah kepada pelajar-pelajarnya. Oleh itu, kita sebagai bakal-bakal pendidik perlualah hiasi diri dengan akhlak yang baik, mempunyai disiplin yang tinggi, beramal dengan ilmu, mencintai ilmu dan sebagainya agar dihormati oleh masyarakat.
Di sini, FL ingin kongsikan beberapa petikan kata-kata hikmah yang sempat dicatit semasa forum tersebut buat renungan kita semua, bakal pendidik abad 21 :
"Apa yang kita semai, itulah yang kita tuai".
"Guru merupakan jutawan akhirat".
"Jadilah guru secara suka, bukan suka-suka".
"Apabila kita menerima apa yang kita tidak suka, maka sukalah apa yang kita telah terima".
"Kita dihormati bukan kerana pangkat, tetapi kerana sumbangan kita".
"Letaklah diri anda sebagai guru khalifah".
"Jadilah diri yang membina kemajuan ummah dan jangan jadikan diri kita perosak ummah".
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!