. . . . . .
Setiap kali Ramadhan tiba, teringat ketika zaman kanak-kanak. Masa tu umur 7 tahun belajar puasa. Memang tak tahan. Tengah hari ja dah mintak kat mak nak buka puasa. Mana taknya, buka peti ais, nampak kuih sagu. Sedap kalau makan sejuk-sejuk. Seingat aku, umur 9 tahun azam nak puasa penuh. Tapi tak kesampaian jugak. Balik sekolah, kayuh basikal 15 minit, panas terik, memang tak tahan. Sampai rumah terus buka kami tiga beradik (tak puasa 1 hari ja). Akhirnya, masa dalam darjah 4, baru dapat puasa penuh. Alhamdulillah. Memang nikmat dapat puasa penuh. Raya pon syokkkk ja. Hehehe...maklumlah, budak-budak. Time raya yang paling best..!!
. . . . . . .
Sempena Ramadhan ini, sama-sama lah kita perbanyakkan ibadah noh... Tapi harus diingat, jangan tunggu bulan Ramadhan baru nak top-up iman. Tiap-tiap hari kita perlu tambah nilai iman kita. Cuma, bulan Ramadhan ni, banyak kelebihan yang Allah berikan pada hamba-hambaNya :
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
- a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
- b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
- c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
- d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
- e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
. . . . . .
Begitulah kelebihan Ramadhan. So..??? Apa tunggu lagi..?? Rebutlah peluang yang ada. Mungkin ini Ramadhan terakhir kita. Siapa yang tahu..?? Sama-samalah kita perbanyakkan ibadat sunat disamping ibadat fardhu. Memperbanyakkan membaca al-Quran kerana itulah perisai Mukmin. Bersedekah dapat mendidik diri kita bersyukur di atas nikmat yang Allah kurniakan pada kita dan menghubungkan silaturrahim sesama umat. Banyakkan zikir...Berselawat ke atas Nabi SAW...
. . . . . . .
Sebelum terlupa, bulan puasa ni, jangan membazir dalam berbelanja. Bukannya apa, kalau pergi bazar Ramadhan, semua makanan kita teringin. Betul kan..?? Membazir tu kan sifat syaitan. Buat apa nak ikut perangai musuh kita. Bukan syaitan dirantai ka..??? Memang! Tapi perlu diingat, nafsu tetap kekal dalam diri kita. Ikut nafsu jahat, jahat. Ikut nafsu baik, baik lah kita.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan...jemput singgah selalu ye..hehe!