Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru.

Asslaamualaikum...

Hari guru pertama dalam hidupku setelah bergelar seorang guru. Dan inilah hadiah pertama di hari guru. Guru tidak mengharap balasan hadiah atau sebagainya, cukup hanya sekadar ucapan dan ingatan kepada guru.




Terima kasih Wei Fan di atas ucapan ini walaupun cikgu tak mengajar kamu. Apa-apapun, cikgu sangat gembira dan terharu kerana bagi kad yang comel ni. =)

Sunday, May 12, 2013

Saya sayang mak saya.

Asslaamualaikum...



Hari ini tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan, kanak-kanak atau dewasa, masing-masing mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu masing-masing. Bagi aku, setiap hari adalah hari ibu. Bukan hanya setahun sekali. Sebagai orang Islam kita wajib taat kepada ibu kita selagi ia tidak bertentangan dengan syariat. Jasa seorang ibu sangat besar dan tidak terhitung. Sejak mengandungkan kita sehinggalah di usia sekarang, ibu tidak pernah merungut kepenatan dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

Alhamdulillah, sejak dilahirkan sehingga kini, insan yang aku panggil emak itu masih ada disisiku. Allah masih memberi peluang kepadaku untuk mencurahkan bakti dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Kerana emak, aku telah berjaya sampai ke tahap ini. Doa beliau sentiasa mengiringi aku ke mana saja aku pergi. 

Entah kenapa tadi, ketika aku mengalunkan ayat suci al-Quran, tiba-tiba hati menjadi sebak terkenangkan emak di kampung sehingga aku tidak mampu untuk menahan air mata daripada jatuh berlinangan. Itulah ujian dalam kehidupan aku kini. Jauh di perantauan sering mengundang rasa rindu yang kadang-kadang tidak tertanggung. Sesekali aku tewas jua. Namun, ditekadkan hati, dipujuk hati ini supaya bersabar. Diyakinkan hati bahawa Allah sentiasa melindungi emak di mana pun beliau berada. Sebagai seorang anak, hanya kiriman doa sebagai pengubat hati semoga emak sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dirahmati Allah. Terima kasih emak!

~ pstttttt...agak-agak mak aku pangkah apa hah 05 Mei lepas? Hehe..

Friday, May 3, 2013

Belajar iqra'.

Assalaamualaikum...

Sebelum membaca iqra' aku dan ustazah j-QAF suruh budak-budak ambil wuduk dulu. Ini sebagai latihan supaya diaorang tak lupa cara-cara mengambil wuduk. Setakat ni pun masih ada yang tak ingat turutan rukun wuduk. Main hentam je. Ustazah plak kena tegur satu persatu. Expecially murid-murid tahun 1 dan 2





Wednesday, May 1, 2013

Pansuh, mi kolok dan lelapan.

Assalaamualaikum dan selamat petang semua...

Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di luar sana. Tidak kira umur, jantina ataupun bangsa. Yang penting sama-sama berganding bahu memajukan negara secara amnya dan untuk keluarga kita khususnya.

Hari cuti aku diisi dengan mengikuti aktiviti jualan amal di sekolah anjuran bersama PIBG buat pertama kali. Pelbagai aktiviti diadakan seperti fun fair, jualan pakaian terpakai, karaoke dan jualan makanan serta minuman.

Apa yang aku nak ceritakan ialah tentang makanan penduduk penduduk tempatan di sini. Aku perhatikan makanannya lebih kurang sama seperti di semenanjung tetapi cara penyediaan tu pulak berbeza. Selain itu, terdapat jugak makanan yang tidak terdapat di semenanjung iaitu mi kolok, pansuh (ayam dimasak dalam buluh) dan juga lelapan a.k.a nasi ayam penyet.

Nama-nama makanan yang disebut tadi memang bunyinya agak pelik, tetapi makanannya tidaklah sepelik namanya. Rasanya pon boleh tahan. Sedap! Sebelum makan, aku snap gambar dulu sebagai kenangan. Kan sekeping gambar membawa 1001 makna. Hehe.

Gambar 1 : mi kolok.
Gambar 2 : pansuh...dimasak dalam buluh macam lemang tu.
Gambar 3 : isi ayam setelah dikeluarkan daripada buluh.