Sunday, August 31, 2014

Buah sos..

Assalaamualaikum..

Hari tu masa aku tengah syok layan blog, ada sorang budak tanya aku satu soalan. Dia tengah buat keje english. Yang ABC tu dia pandai buat la. Mai tang kena garis abjad dengan gambar dia dah tak tau. Jadi, dia tanya aku macam mana nak buat.


Yang aku ni layan je la soklan dia tu. Dia tanya.."cikgu, ni buah apa?"..sambil jari tunjuk kat gambar yang dia tak tau tu. Aku malas la nak bagi jawapan direct macam tu je. Kasi la chance dia pikir sendiri. Baru otak berjalan sikit. Tapi, last2 kalau dia tak boleh jugak, baru aku bagitau jawapan.

Then, aku pun terangkan macam mana nak buat n tanya dia balik macam ni.."okeh Annessa..agak2 ni buah apa? Bulat2 macam ni. Kamu penah tengok tak?" Dia pun terus pikir kot2 penah tengok kat mana2. Hehe. Bila jawapan tu toing dalam kepala dia, dia pun jawab sambil buat muka cute.."iniiii..buah sos". Erk! Cikgu terkedu jap. Lepas tu, terus terkukih-kukih aku ketawa tak tahan dengar jawapan lucu dia tu. Yang dia plak tayang muka blur je. Haha. Kesian betul aku tengok. Apa punya cikgu la..aduhhh. Aku rasa dia penah tengok kat botol sos kot sebelum ni. Sebab tu boleh keluar jawapan macam tu. Hehe.


Last2 aku terpaksa bagitau jawapan kat dia. Aku cakap.."ini bukan buah sos Annessa..tapi, buah tomato. Buah ni la orang guna buat sos". Dia pun terangguk-angguk tanda faham n terus garis huruf "T" dengan gambar tomato tu.

Bila bagi satu contoh jawapan, yang lain dia boleh buat sendiri sampai habis. Aduhhh..tak sangka betul dia boleh jawab macam tu. Tapi, bagus aper..sekurang-kurangnya dia boleh kaitkan persekitaran dalam pembelajaran. Tu tandanya otak dia berfikir. 

Saturday, August 30, 2014

Sambutan kemerdekaan peringkat sekolah.

Assalaamualaikum..

Malaysia..Di sini lahirnya sebuah cinta..
Itu tema kemerdekaan pada tahun ni..
Dah 57 tahun negara Malaysia merdeka..
Syukur alhamdulillah negara kita masih aman dan damai..


Sambutan kemerdekaan kelmarin, aku diberi tugas sebagai guru pengiring pra sekolah. Lau shí dorang amik CRK plak. Jadi, pengarah program cakap dia letak nama aku sebab tengok aku suka bila kena relief or sit in di pra sekolah. Hehe. Tu alasan dia bila aku tanya kenapa letak nama Masiha??


Acara bermula dengan menaikkan bendera Malaysia n bendera negeri Sarawak sambil menyanyikan lagu Negaraku n Ibu Pertiwi. Masa nyanyi lagu Negaraku, ok la..memang semangat menyanyi. Tapi, bila time nyanyi lagu Ibu Pertiwi, ngeeee..terus senyap sebab tak reti nak nyanyi la lagu negeri Sarawak. Dah 2 tahun lebih kat sini, tapi masih tak hafal2 jugak. Memang slow!


Perarakan kami akan dieskot oleh abang2 polis trafik Marudi. Abang polis dapat sijil sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah. Abang polis control macho tu. Haha. Mampusss aku kalau abang polis terbaca apa yang aku tulis nih..


Lepas acara penyampaian sijil tu, kitaorang pun meneruskan acara yang seterusnya iaitu perarakan kemerdekaan di sekitar Pekan Marudi. Aku macam biasa la. Jalan depan sekali sebab ikut budak2 pra ni ha. Untung2 dapat la muka aku masuk paper sebab masa ni wartawan pun join jugak. Hehe.


Yeah!! Masa ni PK HEM aku kata, hari ni jalan raya kita yang punya!! Haha. Budak2 ni kemahin hepi..cikgu dorang pun sama jugak. Huahua..


Sempat jugak ler aku merasa femes macam selebriti. Hehe. Ramai orang yang kat pekan tu pakat2 ambil gambar kitaorang. Ada jugak yang naik keta, berenti, snap gambar kitaorang. And aku..control..control..haha.


Hampir separuh jugak Pekan Marudi kami lewati sambil melaungkan merdeka.!! merdeka!! Ntah faham ke tidak budak2 ni maksud merdeka tu. 


Hari biasa tak berani aku jalan kat tengah2 jalan raya tu. Mau kena langgar dengan keter. Dah la keter kat sini besaq2 gedabak. Kes naya wooo!!


 Nun jauh di sana kelihatan rumah "banglo" aku tersergam indah. Haha. Berangan kaya!!


Lautan api sanggup ku renangi..gunung-ganang sanggup ku daki. Ehemm..sesaper yang naik bukit tinggi kat sebelah sekolah aku ni memang akan semput. Betapa tingginya bukit ni hanya orang yang penah daki je tau. Tapi, aku tak la..relax je. Hari2 pegi sekolah turun naik tangga..22 anak tangga sekolah n 19 anak tangga rumah. Ha...!! Kau hader?? 


Setengah jam lebih jugak la jalan2 makan angin, baru sampai sekolah. Masa ni matahari dah mula meninggi. Masing2 kehausan. Nasib baik budak2 pra tak buat perangai. Ada la 2 ke 3 orang kasut tercabut..


Sampai je sekolah, semua pakat minum ayaq. Nampak sangat dorang ni haus. Apa2 pun memang best la perarakan tadi. 


Cikgunya pun boleh kurus sikit. Jalan2 tadi boleh terbakar lemak2 kat dalam badan ni. Lain kali boleh buat lagi cenggini. Hehe. Cikgu suka!!!


Then, kami pakat menyanyi lagu-lagu patriotik reramai. Certengok betapa semangatnya dorang ni sebab ada kondukter yang semangat jugak. Aku ler teww..Hehe.


Sempat lagi bebudak ni main ye. Aderrr..Annessa..Syasya..apa la yang korang main tu..susun botol air bagai. Siap nak cucuk bendera tu plak..


Program ni diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang2 pertandingan mewarna Jalur Gemilang. Tiba2 ada sorang budak tanya denga muka sedih.."kenapa saya tak dapat hadiah"..aderrr..macam mana nak dapat sebab dia tak masuk contest tu. Kesian plak bila tengok muka dia macam tu. Tak dapek cikgu nak nolong..


Dah habis semua, aku bawak masuk semula budak2 ni dalam kelas dorang. PPM hidang nasi lemak n air bunga. Kemahin hepi dorang dapat makan nasi lemak. Hehe. Masa nak makan pun riuh rendah jugak. Pakat2 cari "perempuan" "lelaki". Erk!! Dorang ni buat hal lagi. Cikgu apa lagi, terpaksa la jadi raksasa hijau. Haha.

Nak tau apa yang "perempuan" n "lelaki" tu? Okkk..kalau korang beli minuman kotak kan, certengok kat bawah kotak tu. Kalau ada garis warna-warni tu, perempuan, maksudnya untuk perempuan n kalau ada garis2 warna hitam tu lelaki, untuk lelaki. Hehe. Aderrrr!! Macam2 la budak2 ni.

Friday, August 29, 2014

Bila lau shí pegi kursus..

Assalaamualaikum..

Dah 4 hari cikgu pra sekolah attend kursus di Miri n 4 hari tu jugak cikgu2 yang ada di sekolah kena relief/sit in termasuk aku. 

Then, kelmarin aku kena masuk 2 kali dalam kelas pra sekolah. Maksudnya 2 waktu pdp, bersamaan 1 jam. Tapi, bukan 2 waktu berturut-turut. Pagi sekali n tengah hari sekali. 

Masa masuk kali kedua tu aku bawak ipad n dapat la snap gambar2 dorang semasa loceng berbunyi tanda pertukaran waktu pdp. Huh! Riuh rendah macam apa lagi. Dah hampir waktu nak balik masa ni. Sebab tu jadi macam ni ha..


Tak duk diam dah..
Mula la sembang riuh rendah dengan kawan2..
Tapi, tak tau plak apa yang dibualkan..budak2 kan. Mana la aku faham dorang bercakap.
Hehe..aku?
Tengok je la kerenah dorang ni..


Ekceli, aku kasi chance kat dorang..
Lagipun, kalau aku larang memang ta makan saman dah..
Buat penat aku je terpekik terlolong suruh dorang duam..huhu
Minggu depan bila lau shí (cikgu) dorang dah datang sekolah, tak der chance okeh!


Dalam keriuhan tu, masih ada sorang budak ni relax je menonton tv tanpa mempedulikan kawan2nya..
Brayan khusyuk tengok kartun sambil menyilang tangan n menjulur kaki santai..
Hehe..

Tuesday, August 26, 2014

Macam budak-budak..

Assalaamualaikum..

Dah menjadi kebiasaan antara aku n twin kalau masing2 ada beli barang baru, kami akan tunjuk menunjuk antara satu sama lain. Kalau twin aku beli barang baru, dia akan sms bagitau n kalau aku plak yang beli barang baru, aku akan sms dia jugak. Hehe. Saja nak kasi jeles masing2. 

And kelmarin aku ada beli sebuah beg. Macam ni ha..


Lepas tu, sampai ja kat rumah, aku terus snap gambaq n send kat twin aku. Dia komen kaler lawa. Okehhh..

Then, semalam masa aku cuba try test sambil bergaya depan cermin, aku tunjuk lagi gambaq beg tu. Dia komen apa..

Macam budak2..
Padahal umuq 27..

Ok aper! Walaupun aku ni remaja dewasa, tapi naluri n taste aku tetap keremajaan tau. Aku tak berapa nak bekenan sangat handbag macam mak datin-mak datin ni. Nampak aku terlebih matured. Haha.

Monday, August 25, 2014

Baram Regatta 2014.

Assalaamualaikum..

Hari minggu yang lepas, telah berlangsungnya Baram Regatta 2014 di Marudi. Acara tu hanya diadakan 3 tahun sekali je.  Kiranya, kalau tahun tu ada world cup, maka akan ada la regatta Baram ni. 


Ekceli, banyak acara yang dipertandingkan sejak hari jumaat lagi. Antaranya, pertandingan speed boat, bot kawalan jauh, lumba perahu, tarian tradisional, miss regatta n macam2 lagi la. Yang aku tahu tu je. Tapi, ada jugak acara yang aku miss terutamanya acara pada petang jumaat tu n acara yang diadakan pada waktu malam. 


Pagi sabtu, lepas breakfast bakso n milky fruity jar dengan kawan, aku jalan sorang2 kat tapak ekspo. Kawan aku dah balik rumah sebab nak repair paip air. Masa tengah jalan2 tu, nampak la orang2 yang pakai pakaian tradisional suku kaum masing2. Wah, so excited okeh!! Masa ni la dapat tengok ramai orang yang pakai macam2 jenis baju tradisional n opkos la hanya ada di tanah borneo je. 


Hari tu cuaca panas terik. Nak bawak payung macam tak best plak nak berjalan. Takut terlanggaq orang. Nasib baik ada topi pantai yang aku beli masa trip ke Miri. Hehe. Jadi, tak la terbakaq sangat kulit aku ni. Kalau tak, naya weh!


Masa ni dorang buat perarakan perahu2 panjang mengikut persatuan masing. Tersangatlah excited aiii ni. Hanya mampu berdiri kat tebing sungai tu je dengan masyarakat setempat. Kalau kat pentas VVIP tu tak layak ler aii ni. Yang tu YAB n YB je layak.


Meriah sangat tau. Rasa bangga pun ada. Walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai bangsa, tapi dapat hidup aman dan harmoni. Semua saling hormat-menghormati antara satu sama lain.


Yang tu simbolik upacara perasmian Baram Regatta 2014. Dorang lepas belon2 yg comel tu. Tapi tak tau la plak apa maksud belon-belon tu. Hehe.


Sebelah petang plak ada pertandingan lumba perahu. Macam2 kategori ada sampai aku tak dapat ingat satu pun kategori yang dipertandingkan. Hehe. Ekceli, aku tak ambil kisah sangat bab kategori ni. Yang penting dapat tengok dorang berlumba jadi la..


Sungai2 kat Sarawak ni memangbesaq2. Masa aku mula2 posting kat sini, terkejut kot. Seremmm plak aku tengok. Macam2 dok pikiaq dalam kepala aku ni. Maklumlah, sungai2 kat sini kan banyak Cik Buaaaaa..sambung sendiri ok!

Thursday, August 21, 2014

Guru pengiring bola jaring Karnival Bijak Prasekolah 2014.

Assalaamualaikum..

Kelmarin aku kena jadi guru pengiring murid2 pra sekolah ke pertandingan bola jaring sebab cikgu pra kena jaga budak2 lain kat sekolah. Tahun ni sekolah aku jadi tuan rumah untuk Karnival Bijak Prasekolah.


Ini antara pemain2 bola jaring sekolah sekitar Marudi. Korang bayangkan la ek budak 5-6 tahun main bola jaring macam mana. Haha. Dah la first time plak tu. Sesaper yang ada kat situ, masing2 akan sakit perut sebab banyak sangat ketawa. Memang klakar giler. Riuh rendah kat gelanggang cikgu2 bersorak. Cikgu yang excited lebih2.


Masa tengah main tu kan, ada yang aktif berebut bola n ada yang kaku berdiri kat situ je. Tegak macam patung. Takut2 nak berlari rebut bola. Bila cikgu masing2 bagi arahan supaya ambil n rebut bola tu, baru dorang bergerak. Paling teruk tu, boleh p bagi bola kat pihak lawan. Punggah!!! Habis semua pengadil n cikgu2 masuk campur. Hehe.



Yang tu PK HEM sekolah aku. Dia la yang latih budak2 ni main bola jaring. Bukan main semangat dia susun strategi.  


Akhirnya, alhamdulillah menang jugak team bola jaring sekolah aku. Menang tempat ketiga pun sebab lebih mata dengan pemenang tempat keempat. Kira ok la kan sebab first time dorang main. Tahniah cikgu ucapkan. Tahun depan kasi juara ok!


Walaupun masing2 keletihan, tapi tetap ceria bila cikgu ajak bergambar. Dorang ni kalau bab, memang tak mau kalah. Sama naik dengan cikgunya jugak. Hehe.

Saturday, August 16, 2014

Happy birthday to me & my twin!

Assalaamualaikum..

Syukur..
Syukur..
Alhamdulillah..
16 OGOS 1987-16 OGOS 2014..

Hari ni genap umur aku n twin 27 tahun. Dilahirkan sebagai kembar memang satu anugerah yang sangat istimewa. Dari kecik sampai sekarang hidup aku berteman. Alhamdulillah aku merasai pengalaman itu. Rasa sangat bertuah. 

Kami berkongsi rahim yang sama. Tarikh lahir yang sama. Darah yang mengalir dalam badan kami pun sama. Cuma time lahir je tak sama. Hehe. Twin aku keluar lewat sikit 10 minit. Orang tua dulu2 cakap, yang keluar dulu tu adik n yang keluar kemudian tu kakak sebab kakak bagi chance kat adik keluar dulu. Kiranya macam kakak mengalah dengan adik. Sepatutnya twin aku tu kakak n aku adik. Tapi, ntah macam mana mak aku cakap kat bidan yang keluar dulu kakak sebab senang nak tanda. Mungkin nak elak kekeliruan kot.


Now, alhamdulillah. Dah besar pun anak kembar mak ayah aku ni. Hehe. Dah umur 27 pun. Rasa sekejap je masa berlalu. Masih terngiang-ngiang lagi leteran mak aku. Maklumlah, anak2 dia ni nakal2 n ketegaq (degil). Selalu main bendang, main hujan, main masak2, panjat pokok, main tuju tin, tuju selipar n bla..bla..bla..*pssttt..tu la mainan aku masa kecik2 dulu..best woooo!* Pening kepala Puan Jasni (mak aku) nak control anak2 dia ni. Hehe. Ayah aku cool je. 

Anyway, tua2 pun nak jugak wish Happy Birthday to me & my twin. Semoga terus diberi kesihatan yang baik, rezeki yang berkat n untuk aku, mudah-mudahan cepat dipertemukan jodoh yang soleh. Amin..

Wednesday, August 13, 2014

Mulut dan lidah adalah aset paling berharga bagi seorang cikgu.

Assalaamualaikum...

Dah baca tajuk entri??? 

Ok meh nak story nape aku cakap macam tu. Hehe. Suspen je!

As we know, cikgu kan kena mengajar kat depan kelas. Bercakap itu ini menerangkan isi pelajaran pada murid2 dengan menggunakan tahap volume yang tinggi. Tak kira la 30 minit ke atau 1 jam. Yang penting pot pet sampai la dorang faham apa yang diajar. 

Then, korang bayangkan lah ye, andaikata something happen pada mulut atau lidah cikgu, macam mana nak mengajar kan. 

Itu la yang berlaku kat aku 2-3 hari ni. Tumbuh plak ulser sebijik kat tepi lidah sebelah kanan. Walaupun kecik je, tapi sakitnya ya amat. Itu pun aku dah rasa satu azab. 

Ekceli, dah lama aku tak kena ulser. Mungkin sebab aku tak banyak minum air kot. Ataupun banyak makan durian. Haha. Nak buat macam mana. Lepas geram la sebab tak dapat makan durian masa cuti raya hari tu. Elok sangat la tu kannnn. Makan durian banyak2, then kurang minum air. Badan pun panas la. Bila badan panas, mula la nak tumbuh ulser sana sini. Sabauuu je la!!

Yup! Tahu tu, sakit merupakan kafarah dosa2 yang lalu. Tapi kan, bila dah ada ulser kat lidah, macam mana aku nak mengajar. Bercakap pun bergulung-gulung lidah. Nasib baik ada yang masih faham. Kalau tak faham jugak, terpaksa la aku ulang siaran tak berbayar ni. Huhu.

Now, alhamdulillah. Ulser kat lidah aku dah beransur baik. Tapi, bila cakap still sakit lagi. Terpaksa kurangkan bercakap dalam bilik guru atau dalam kelas. 

Jadi, cikgu cikgi kat luar sana kena jaga lidah supaya tak kena ulser ye. Banyak minum air kalau cuaca panas. Kalau dah kena sebijik, azabnya seminggu. Hehe.

Monday, August 11, 2014

Tiga menu sekali hadap.

Assalaamualaikum...

Hari ni teringin sangat nak makan ikan bakaq cicah dengan ayaq asam. Meleleh-leleh ayaq lioq dalam kerongkong ni ha. Hehe. 

Settle je keja kat sekolah petang tadi, terus pegi kedai cari aluminium foil. Nak bakaq guna daun pisang, mana nak cekau kan. Kalau kat kampung tu lain la. Melambak pokok pisang belakang rumah tu ha. Hehe. Apa2 pun, yang penting menjadi ikan bakaq aku ni.



Bahan-bahan :

Isi ikan (fish fillet).
Lada sulah.
Aluminium foil.
Sedikit minyak.

Cara-cara membuatnya : 

1- Perap ikan dengan lada sulah dan biarkan seketika.
2- Balut ikan dengan aluminium foil dan bakar di atas kuali. Kuali tu letak sikit minyak supaya tidak melekat.
3- Bakar sehingga masak atau garing2 skit.

Ikan bakaq ni kena cicah dengan ayaq asam, baru power. Tapi aku tak buat ayaq asam sebab alergik sangat dengan belacan. Kalau makan jugak kan, memang jerawat naik kat muka aku secara berjemaah la. Lepas tu plak berbulan-bulan nak hilang parut ni ha. Meroyan aku 44 hari 44 malam. Haha.



Bahan-bahan :

Kicap manis.
1 labu bawang holland/ bawang besar.
1 biji cili besar.
4 biji cili padi.
1 biji tomato *dipotong dadu.
Air limau nipis/kasturi.

Cara-cara membuatnya :

1- Potong bawang, cili besar dan cili padi.
2- Masukkan tomato, kicap dan air limau nipis/kasturi. Gaulkan.
3- Sedia untuk dihidang.

Tak lupa jugak tadi aku masak sayur campur sebagai pelengkap nutrisi. Hehe. Bahan dah ada dalam peti tu. Kasi potong2 n campak2, jadi ler sayur campur yang rasanya boleh la tahan. Kena banyak makan sayur ye. Baru badan sihat.



Bahan-bahan :

Lobak merah.
Brokoli.
Bunga kubis.
5 ekor udang *dibuang kulit.
1/2 kiub ayam knorr.
1/2 labu bawang holland *dihiris nipis.
1 biji cili besar *dihiris nipis.
Minyak untuk menumis.
Sedikit air, garam dan gula.

Cara-cara membuatnya :

1- Tumis bawang bersama cili. Masukkan udang dan sedikit air. Kemudian, masukkan kiub ayam.
2- Masukkan lobak merah dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan bunga kubis dan brokoli. Masak sehingga layu.
3- Perasakan dengan garam dan sedikit gula sebagai pengganti ajinomoto.
4- Biarkan mendidih sekejap.
5- Sedia untuk dihidang.

Sunday, August 10, 2014

Fish Fillet Sweet Sour..menu orang bujang.

Assalaamualaikum..

Dah lama tak main masak2 di hujung minggu. Dah lama stop sejak Ramadhan lalu. Maklumlah, tak berapa nak ada selera makan sebab baru baik demam dah masuk bulan posa plak. Posa2 bukannya makan banyak mana pun. Lebih suka beli je sebab nak elak pembaziran. Lagipun tinggal sorang2 ni, mana best makan kalau masak gempaq2 pun. Cukup la resepi simple2 macam ni. 



Bahan-bahan fish fillet :

Sepaket fish fillet.
4 sudu besar tepung gandum.
1 sudu besar tepung jagung.
1 biji telur.
Sedikit garam, lada sulah dan air.

Bahan-bahan sos : 

1 labu bawang holland.
3 ulas bawang putih.
1 biji cili besar.
Sedikit halia.
1 biji tomato *dipotong dadu.
Bunga kubis, lobak merah, sayur campur.
1 sudu besar sos tiram.
3 sudu besar sos cili.
Sedikit garam.
* resepi asal letak sos tomato jugak. Tapi aku tak guna sebab sos cili pun dah rasa masam.

Cara-cara membuatnya :

1- Satukan tepung gandum, tepung jagung, telur, lada sulah, garam dan bancuh dengan air sehingga
pekat.
2- Celup fish fillet dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kekuningan. Kemudian, toskan.
3- Kurangkan sedikit minyak tadi. Kemudian, tumis bawang holland, bawang putih, cili dan halia sehingga naik bau. 
4- Masukkan lobak merah dan bunga kubis. Kemudian, masak sehingga layu. Tambah sedikit air supaya tidak kering.
5- Masukkan sayur campur dan tomato. Gaulkan.
6- Masukkan sos cili, sos tiram dan garam secukup rasa.
7- Dah siap, tuang kuah sos tadi atas fish fillet.
8- Sedia untuk dihidang.

Saturday, August 9, 2014

Ni la namanya orang perempuan.

Assalaamualaikum..

Orang perempuan kan memang tak boleh jalan sesama dengan orang perempuan. Nanti ada la benda yang di"kaut". Haha.

Yup! Memang la tak semua orang perempuan macam tu. Ada jugak yang boleh tahan nafsu dan ada jugak yang tak boleh. Contohnya macam aku ni ha. Huahua..


Pantang nampak kasut yang comel sikit. Mula la nak menerai. Menerai saja tak per gak. Ni siap "angkut" sepasang bawak balik rumah. Aduhh! Bocor wallet aku. Tak tau kenapa, tetiba je tengah hari tadi tak boleh tahan nafsu shopping aku ni. Apatah lagi ada geng plak. Kawan aku tu pun jenis kepala macam aku gak. Dia cakap, kalau aku beli, dia akan beli. Itu la orang pompuan kan. Memang tak leh jalan sesama pompuan. Ada je kedai yang nak disinggah. Padahal niat asal nak keluar makan bakso je pun. Hehe.

Tapi tak per, asalkan benda tu tak mahal. Sebab harganya boleh tahan la aku beli sepasang kasut comel ni. Harga asal 29 hengget 90 sen je. Tauke tu kasi kurang 90 sen. Jadi, harga last offer 29 hengget. Ok la tu kan. Berbaloi-baloi. 

Kasut tu bukannya nak pakai sekarang. Plannya nak pakai masa balik kampung bulan depan. Ni tak. Asyik pakai kasut coklat tu ja. Kali ni balik baru la semangat pakai kasut baru. Hehe. 

Thursday, August 7, 2014

Resepi Asam Pedas Sarawak.

Assalaamualaikum.

Ni kali kedua aku masak asam pedas Sarawak. Kali pertama masa bulan puasa hari tu. Kalau duk ulang masak yang tu ja, maknanya masakan tu dah jadi feberet aku. Sebab tu aku belajar masak sendiri. Lebih jimat. Boleh makan sebanyak mungkin. Haha.

Ekceli, orang sini panggil asam pedas je. Tapi aku sendiri yang suka2 hati tambah perkataan Sarawak kat belakang tu supaya dapat beza asam pedas yang femes di semenanjung dengan asam pedas di sini. Hehe. 

Asam pedas orang sini berbeza dengan asam pedas yang terdapat di semenanjung sebab bahan utama yang wajib ada ialah terung asam. Serius, masa aku mula2 tengok terung asam ni, jadi jakun jap. Hehe. Ye la. Mana la aku penah tengok benda alah ni sebelum ni.

Jadi bila guna terung asam tu, maka tak perlu lagi guna asam keping atau asam jawa sebab rasa masam terung tu akan keluar. 



Bahan-bahan :

2 ekor ikan borek (nak guna apa2 jenis ikan pun boleh).
2 biji terung asam saiz sederhana (dipotong).
* 1 labu bawang besar.
* 2 ulas bawang merah.
* 3 ulas bawang putih.
* 2 batang serai.
* 6 biji cili padi.
* sedikit halia.
* 2 cm kunyit hidup.
Sedikit ikan bilis ( ditumbuk halus).
Air secukupnya.
Garam & gula.
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara-cara membuatnya :

1- Kisar kesemua bahan yang bertanda *
2- Tumis bahan yang dikisar & ikan bilis yang ditumbuk sehingga naik bau atau kering air.
3- Masukkan air & terung. Biarkan mendidih.
4- Apabila terung hampir masak, masukkan ikan.
5- Perasakan dengan garam & sedikit gula.

Ustazah naik angin hari ni.

Assalaamualaikum...

Rasanya dah lama tak naik hangin macam tadi. Sebab ustazah selalu bagi chance kat budak2. Kalau tak siap kerja rumah tak apa. Nanti buat sama2 masa dalam kelas.

Ekceli, budak2 aku ni kena bimbing satu persatu baru boleh buat latihan yang aku bagi sebab dorang masih belum pandai membaca jawi. Nak tak nak memang aku kena guide la. Walaupun bilangan dorang sikit, tapi kadang2 tak cukup masa jugak nak buat semua tu. Satu waktu bersamaan 30 minit je. Gerak ke kelas pun dah ambil masa 5 minit. Baca doa lagi. Pot pet lagi. Aku nak ajar lagi. Memang tak cukup. Terpaksa ajar yang basic2 je. Sekurang2nya dorang tahu perkara asas.

Tapi tadi, memang aku hangin betul ngan dorang. Mentang-mentang la aku baik je sebelum ni, naik tocang plak. Boleh hilangkan kertas latihan yang aku bagi. Dah tu plak ada sorang budak aku tak siap kerja rumah. Padahal sikit je. Memang kena denda la supaya dorang ingat sampai bila2. Lagipun kelmarin aku dah pesan n remind dorang. Siap warning lagi sapa tak siap atau tak bawak ustazah denda. Huhu.

Mula2 aku libas rotan kat meja sebagai mukaddimah. Masa tu semua terdiam. Mata dah merah nak nangis. Aduiii..drama lebih. Sori ye ustazah tak makan drama2 yang korang buat. Kuikui..ustazah still buat muka garang. Aku tanya, sepatah pun dorang tak jawab. Geleng kepala n angguk kepala je. Nampak muka takut2 bila tengok ustazah dorang naik hangin. Hehe. Mana boleh tahan weh, dah latihan tu aku bagi sebelum cuti raya hari tu. Boleh plak hilangkan. Ada yang sorang tu lagi aku bagi latihan kelmarin, tak siapkan jugak. Padahal senang n sikit je. 

Sebelum rotan tangan tu, aku ulang lagi apa kesalahan yang dorang dah buat. Sebagai seorang guru, perlu sebut kesalahan dorang masa nak hukum supaya dorang ingat yang ustazah ni bukan jatuhkan hukuman sebarangan. Ada sebab dan sebab tu ialah kesalahan yang dorang sendiri lakukan. Bagilah tazkirah sikit, ingatkan kerja rumah tu adalah tanggungjawab sendiri n amanah yang ustazah bagi. Jadi, kena siapkan n jaga betul2 jangan hilangkan. 

Aku rotan pun sikit je. Tak meninggalkan kesan dan yang penting tak mencederakan dorang. Anak orang kot. Buat mak ayah dorang serang aku kat sekolah, memang kes naya la. Hehe. Lagipun kan, budak2 ni kalau rotan sikit pun dah rasa sakit. Huhu.

Wednesday, August 6, 2014

Resepi Umai Ikan.

Assalaamualaikum..

Penah dengar atau makan umai?? Kalau korang nak tau, umai ialah sejenis makanan orang Sarawak. Guna isi ikan, isi udang atau obor2. Makan mentah gitu je. Ada yang geli kan. Hehe. Relax!! Ekceli, isi ikan ni bila kena air limau dia boleh masak sendiri tau. Hebat kan?? Huhu..Kawan aku ler yang cakap macam tu. Umai ni jugak sebenarnya lebih terkenal di Mukah. Area Sibu sana.

Mana yang tak penah makan tu boleh la cuba buat sendiri kat rumah. Senang je. Main campak n gaul2, dah siap. Selain tu, umai juga boleh dijadikan sebagai pembuka selera sebab rasanya yang masin, masam dan pedass giteww!! First time aku makan terus boleh jatuh cintan tau. Hehe. Maklumlah, masam2 n pedas ni memang kena sangat dengan selera aku. 


Bahan-bahan :
(Saiz hidangan 2 orang).

Sepaket isi ikan (fish fillet) -boleh jugak kalau nak guna isi udang atau obor-obor.
5 biji cili padi.
2 ulas bawang merah.
Sedikit halia.
2 biji limau nipis/kasturi.
Garam & gula secukup rasa.

Cara-cara membuatnya :

1- Hiris isi ikan menjadi kecil. Kemudian, hiris bawang, cili & halia. Satukan & biarkan selama 5 minit.
2- Masukkan jus limau, garam, gula dan gaul sehingga sebati.
3- Sedia untuk dihidang.