Thursday, May 17, 2012

"TOK PEK".


Assalaamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh…
Meh sini kakak, abang, adik, pak cik, mak cik, uncle, untie semua. Aku nak story skit. Bukan nak mengumpat ye. Jangan salah faham pulak. Just nak kongsi satu kisah tentang jiran aku ni. Sama-sama kita ambil pengajaran ye.
Ceritanya begini. Satu hari, time matahari terpacak atas kepala, kiranya tengah hari gitu, jiran aku ni datang la rumah. Nak beli minyak angin. Sambil-sambil tu bukak la cerita itu, ini. Maklumlah, adat bertandang, tak berbual tak sah la kan. Lepas satu cerita, cerita lain pulak yang keluar. Ntah bila nak habis pun tak tahu la.
Dalam dok ber’gebang’ sakan tu, keluar la cerita pasal orang gelar dia “tok pek”. Sebab apa? Sebab kaki dia “cepek”. Itu mengikut loghat orang utara. Atau dalam bahasa buku pulak, “tempang”. Kiranya macam sesi luahan perasaan la. Dia kata setiap kali orang panggil dia macam tu, dia hanya diam je. Tapi jauh di sudut hati, orang tak tahu. Kadang-kadang terasa hati juga dia. Dah nama pun manusia kan, mesti ada hati dan perasaan. Tahu rasa tersinggung, malu, sedih.
Bagi aku la kan, mungkin ada orang rasa menggelar si polan itu, ini sebagai satu perkara biasa. Sekadar gurauan barangkali. Ya. Aku akui bergurau tak salah. Sebab gurau senda boleh menceriakan hidup kita. Betul? Tapi yang salahnya kalau gurauan tu boleh melukakan hati orang lain. Kalau nak gelar orang sekalipun, berilah gelaran yang baik-baik. Yang elok-elok. Yang manis-manis dan yang sedap didengar. Cuba kita mencontohi Rasulullah SAW. Baginda menggelarkan sahabat-sahabat Baginda dengan gelaran yang baik-baik je, antaranya Saidina Umar r.a. yang digelar al-Faruq. Saidina Abu Bakar r.a. yang diberi gelaran as-Siddiq. Begitu juga dengan isteri Baginda sendiri iaitu Saidatina ‘Aisyah r.a. yang digelar ‘Humaira’ (kemerah-merahan). Malah Rasulullah SAW sendiri digelar al-Amin kerana sifatnya yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah.
Itulah akhlak Rasulullah SAW yang patut kita contohi. Beri gelaran yang baik-baik je kat orang. Jangan dok gelar orang pelik-pelik. Maksudnya pun bukan baik sangat. Bertambah dosa lagi ada la. Takut tak sempat nak mintak ampun kat si polan tu. Tak aman dalam kubur nanti. Nauzubillah


Sunday, May 13, 2012

Bakat terpendam.


Assalaamualaikum warahmatullahi wa barakaatuh
Bakat terpendam. Anda pernah dengar bukan. Aku pun begitu. Kenapa dikatakan bakat terpendam. Sebab bakat yang kita ada secara semulajadi tidak diasah dan ditonjolkan. Kita pendam je. Betul tak?


Kenapa begitu ye? Ok. Anda ada bakat semulajadi yang anda tahu. Sedia maklum. Tapi anda tidak mengasah bakat anda tersebut.  Tak kira la apa pun sebabnya. Malas ke, malu ke, tak semangat ke, tak reti ke dan lain-lain lagi yang sewaktu dengannya. Kalau macam ni, sampai bila pun bakat anda tu tak berkembang kan. Malah, tidak akan membawa kebaikan pun dalam hidup anda.


Aku bagi contohnya ye. Anda ada bakat melukis. Tapi tak diasah dan dikembangkan, sudah pasti ia tidak membawa keuntungan dalam hidup anda. Sedangkan, dalam tv, internet, surat khabar, majalah dan sebagainya banyak dipaparkan kejayaan demi kejayaan individu-individu yang memanfaatkan bakat yang mereka ada. Mereka boleh berjaya mencapai cita-cita mereka kerana mereka memanfaatkan dan mengolah bakat yang sedia ada dengan kreatif selain rajin berusaha. Kata-kata pujangga pun ada menyatakan “kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya”.


Ingat. Kita wajib berhati-hati juga. Pastikan kita guna bakat kita dengan cara yang baik. Kalau bakat yang kita ada, tapi menyebabkan kita berbuat dosa, tidak ada gunanya jugak. Malah, memakan diri kita sendiri. Bakat atau kelebihan kita tu dah elok-elok datang daripada Allah SWT kepada kita. Anugerah Allah SWT untuk kita. Jangan la pulak kita buat ia jadi tak elok kan.


How? Make sure iman kita teguh ye. Itu yang penting supaya anugerah Allah SWT pada kita tidak akan sia-sia begitu sahaja. Malah, ia memberi kebaikan dan manfaat untuk diri kita sendiri serta orang lain. Wallahu a’lam